Kumpulan hak asasi desak 2 bilion dos vaksin diberi kepada negara miskin


Amnesty pengeluar vaksin Covid-19 memastikan sekurang-kurangnya separuh daripada dos dihasilkan diberi kepada negara miskin. – Gambar EPA, 22 September, 2021.

PENGILANG vaksin Covid-19 mengutamakan keuntungan berbanding nyawa, kata Amnesty International pada Rabu, ketika ia menuntut 2 bilion dos bagi negara miskin pada akhir tahun ini.

Kumpulan hak asasi manusia itu berkata dalam laporan baharu yang Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden diharap akan membangkitkan janji di Perhimpunan Agung PBB untuk memvaksinasi sepenuhnya 70% penduduk dunia menjelang September depan.

“Kami memerlukan pemimpin seperti Presiden Biden untuk memastikan juta dos meja dan penghantarannya. Jika tidak, ia hanyalah satu usaha tidak bermakna dan berteruskan kehilangan nyawa,” kata Ketua Amnesty, Agnes Callamard.

Kumpulan itu berkata AstraZeneca, BioNTech, Johnson & Johnson, Moderna, Novavax dan Pfizer semuanya enggan berkongsi dos atau teknologi untuk membolehkan lebih banyak dunia mendapat suntikan Covid-19.

Kebanyakan pendududk di negara kaya sudah menerima suntikan vaksin tetapi sebahagian Amerika Latin, Afrika dan Asia mengalami krisis baharu dengan “puluhan ribu kematian yang boleh dicegah setiap minggu”, kata Amnesty.

Daripada 5.76 bilion dos yang diberikan di seluruh dunia, hanya 0.3% diberi kepada negara berpendapatan rendah dengan lebih 79% untuk negara berpendapatan pertengahan atas dan tinggi, katanya.

Dalam surat yang dikirimkan kepada Amnesty, semua syarikat berjanji akan menyokong hak asasi manusia, tetapi laporan itu berkata tindakan mereka melanggar komitmen itu.

AstraZeneca dan Johnson & Johnson menjual dos mereka dengan harga kos, katanya.

Bagaimanapun, keenam-enam syarikat tersebut menentang usaha India dan Afrika Selatan untuk mengetepikan hak harta intelek berkaitan vaksin di Pertubuhan Perdagangan Dunia, walaupun mereka mendapat sokongan kerajaan besar.

Amnesty melancarkan kempen baharu yang menurutnya disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia bagi mendesak negara dan syarikat farmasi besar untuk bertanggungjawab.

Berbaki 100 hari hingga akhir tahun, ia berkata sasaran WHO untuk memvaksinasi 40% penduduk negara berpendapatan rendah dan pertengahan rendah berisiko.

Ia mendesak negara kaya mengagihkan semula ratusan juta dos yang berlebihan dan pengeluar vaksin memastikan sekurang-kurangnya separuh daripada dos dihasilkan diberi kepada negara miskin.

“Kami meminta negara dan syarikat farmasi untuk mengubah arah secara drastik dan melakukan segala yang diperlukan untuk memberikan 2 bilion vaksin kepada negara berpendapatan rendah dan menengah mulai sekarang,” kata Callamard.

“Keuntungan tidak boleh mendahului nyawa,” katanya. 

“Tiada siapa patut menghabiskan setahun lagi dengan menderita dan hidup dalam ketakutan.” – AFP, 22 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen