1,117 pesakit di ICU, kata KP kesihatan 


Noel Achariam

SEBANYAK 1,117 kes Covid-19 yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), kata Ketua Pengarh Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah

Daripada jumlah itu, 844 adalah kes yang disahkan, manakala 273 adalah kes yang disyaki dan di bawah siasatan. 

Dr Noor Hisham juga berkata 635 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Daripada jumlah itu, 377 adalah pesakit yang disahkan, manakala 258 dipercayai dijangkiti virus atau kes di bawah siasatan. 

Sementara itu, sebanyak 16,650 kes sembuh direkodkan berbanding 15,759 kes jangkitan baharu yang direkodkan hari ini. 

Majoriti atau 15,471 daripada jumlah kes bahatru yang direkodkan hari ini adalah dalam kategori 1 (tidak bergejala) dan kategori 2 (bergejala ringan). 

Manakala 288 kes direkodkan di tahap jangkitan lebih serius iaitu dalam kategori 3, 4, atau 5. 

23 kluster baharu turut direkodkan hari ini yang mana sembilan melibatkan tempat kerja dan penularan komuniti, tiga dari kumpulan berisiko tinggi dan dua dari sektor pendidikan.– 21 September, 2021


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen