17,577 kes baharu Covid-19 hari ini, kata KP kesihatan


Ravin Palanisamy

Berdasarkan jumlah kes keseluruhan mengikut negeri, Selangor paling tinggi dengan 654,286 kes, jauh beza berbanding Sabah yang berada di kedudukan kedua dengan 182,826 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 182,099. – Gambar EPA, 17 September, 2021.

NEGARA melaporkan 17,577 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, menjadikan beban jangkitan ditanggung Malaysia kini sebanyak 2,067,327, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Perak negeri yang menunjukkan lonjakan kes dengan 1,596 jangkitan dicatat dalam 24 jam terakhir. Rekod tertinggi negeri itu adalah 1,450 yang dilaporkan pada 4 September 2021.

Sementara itu, tiga negeri teratas yang menyumbang sebahagian besar kes harian negara tetap tidak berubah buat hari kedua berturut-turut.

Sarawak kekal negeri paling banyak jangkitan baharu dengan 3,480, diikuti Selangor sebanyak 2,646 dan Johor dengan 2,334.

Lembah Klang, yang meliputi Kuala Lumpur (366) dan Putrajaya (31) menyumbang 3,043 kes atau 17% daripada jumlah jangkitan hari ini.

Negeri lain yang melaporkan kes baharu ialah Sabah (1,533), Pulau Pinang (1,462), Kedah (1,173), Kelantan (869), Pahang (832), Terengganu (719), Melaka (287), Negeri Sembilan (198), Perlis (41) dan Labuan (10).

Berdasarkan jumlah kes keseluruhan mengikut negeri, Selangor paling tinggi dengan 654,286 kes, jauh beza berbanding Sabah yang berada di kedudukan kedua dengan 182,826 kes diikuti Kuala Lumpur (182,099).

Kementerian Kesihatan melaporkan hampir 17.8 juta orang, 76.8% dari populasi dewasa Malaysia kini diinokulasi sepenuhnya terhadap Covid-19.

Kementerian berkata setakat semalam, 202,298 dos vaksin telah diberikan, di mana 62,108 daripadanya menerima suntikan pertama dan selebihnya 140,190 untuk suntikan kedua.

Ini menjadikan jumlah dos vaksin yang diberikan di bawah program imunisasi Covid-19 kebangsaan sebanyak 39,685,414. – 17 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen