KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 346 kematian akibat Covid-19 setakat jam 11.59 semalam menjadikan angka korban seluruh negara sebanyak 22,355 kes.
Menurut data yang diberikan oleh kementerian di laman web CovidNow, hanya satu kematian berlaku semalam sementara selebihnya adalah kes tunggakan yang sebelum ini tidak dilaporkan.
Sebanyak 345 kes tunggakan itu tidak ditentukan tempohnya dan akan dikesan semula mengikut tarikh sebenar mangsa diumumkan meninggal dunia.
Kementerian sebelum ini berkata, kes tunggakan itu disebabkan oleh petugas barisan hadapan yang dibebani kerja dalam beberapa bulan terakhir menyebabkan berlaku kelewatan dalam siasatan kes.
Oleh itu, jumlah kematian sebenarnya mungkin berbeza-beza setiap hari.
Bagi memudahkan pemahaman, kementerian kini menggunakan tiga petunjuk untuk melaporkan kematian Covid-19 di laman web mereka iaitu jumlah kematian yang dilaporkan setiap hari termasuk kes tunggakan, kematian yang berlaku pada hari itu dan jumlah kematian dalam purata tujuh hari.
Dari 346 kematian, Selangor menyumbang 94 kes, diikut oleh Kedah (82) dan Johor (59).
Negeri lain yang melaporkan kematian adalah Sabah (47), Pulau Pinang (30), Sarawak (14), Terengganu and Melaka (masing-masing 4), Kelantan, Perak, Perlis dan Kuala Lumpur (masing-masing).
Tidak ada kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Pahang, Labuan dan Putrajaya.
Sementara itu sejumlah 105 mangsa dilaporkan meninggal dunia di luar hospital.
Berdasarkan purata tujuh hari yang diberikan oleh CovidNow, jumlah purata sebanyak 107 kematian sehari.
Dengan menggunakan purata yang sama mengikut negeri, data menunjukkan kematian menurun dengan ketara di Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur.
Semalam, Malaysia melaporkan 18,815 kes baharu Covid-19 berbanding 16,939 kes pulih, menjadikan kes aktif meningkat kepada 227,120 kes. – 17 September, 2021.
Komen