TUNISIA dan Libya akan membuka semula sempadan mereka hari ini selepas dua bulan ditutup akibat peningkatan kes Covid-19, kata pejabat presiden di Tunis.
“Presiden (Tunisia) mengeluarkan perintah untuk membuka semula sempadan dengan Libya mulai Jumaat pada 7 pagi waktu tempatan,” kata Pejabat Presiden Kais Saied dalam satu kenyataan.
Satu kenyataan dari kerajaan Libya berkata, pembukaan semula sempadan dipersetujui semasa perbincangan baru-baru ini antara pemimpin kedua-dua negara.
Sebuah jawatankuasa menteri kemudian ditubuhkan dan menyarankan sempadan dibuka semula selepas meninjau masalah kesihatan dan keselamatan, tambahnya.
Libya menutup sempadan daratnya dan menghentikan penerbangan antara kedua-dua negara pada 8 Julai kerana peningkatan mendadak kes Covid-19 di Tunisia.
Tetapi dengan penurunan yang cepat, kedua-dua negara bersetuju membuka kembali sempadan dengan langkah-langkah yang mengekang kemungkinan jangkitan wabak.
Tunis dan Tripoli bersetuju dengan protokol kesihatan “tertakluk kepada semakan berdasarkan perkembangan keadaan kesihatan di kedua-dua negara,” menurut kenyataan Tunisia.
Jumlah kes Covid-19 keseluruhan di Tunisia pada Ogos adalah yang terburuk di dunia, menurut data rasmi.
Menurut angka terbaru, pada Selasa sebanyak 11.7 juta mencatatkan 1,142 kes baharu dan sembilan kematian akibat koronavirus.
Pembukaan semula sempadan adalah titik utama perbincangan antara Saied dan Perdana Menteri peralihan Libya, Abdulhamid Dbeibah yang melawat Tunis pada 9 September. – AFP, 17 September, 2021.
Komen