19,495 kes baharu Covid-19 hari ini, kata KP kesihatan


Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam negara kini 2,030,935, kata KP Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 September, 2021.

ANGKA jangkitan baharu Covid-19 naik semula kepada 19,495 kes berbanding 15,699 yang direkodkan semalam, selepas empat hari berturut-turut menunjukkan penurunan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini 2,030,935, katanya dalam kenyataan.

Sarawak mendahului dengan 4,709 kes, diikuti Selangor (2,710) dan Sabah (2,015).

Tiada kes baharu Covid-19 dilaporkan di Labuan.

Awal hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi perkongsian di laman web CovidNow memaklumkan 54.1% atau 17.65 juta individu dewasa di negara ini sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Sebanyak 92.5% individu yang layak divaksin di seluruh negara menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 7.5% belum divaksin, katanya.

KKM juga memaklumkan sebanyak 243,972 dos vaksin diberikan setakat semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, dengan 71,658 menerima dos pertama manakala 172,313 dua dos. – 15 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen