Malaysia kurang pakar, bukan doktor, kata Khairy


Chan Kok Leong Mohd Farhan Darwis Ragananthini Vethasalam

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Malaysia tidak berdepan kekurangan doktor tetapi kekurangan pakar yang hanya mempunyai kira-kira 13,000 orang dalam sektor awam dan swasta. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 September, 2021.

MALAYSIA berdepan kekurangan pakar dan bukan doktor, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin kepada Dewan Rakyat hari ini.

“Kita tidak berdepan kekurangan pegawai perubatan tetapi apa yang kita perlukan sekarang adalah pakar,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini terdapat kira-kira 13,000 pakar dalam amalan penjagaan kesihatan awam dan swasta.

“Kita memerlukan 28,000 pada 2030. Itulah sebabnya kita tidak hanya harus mengoptimumkan sumber yang ada sekarang tetapi kita juga memerlukan komitmen dari Kementerian Kewangan untuk melatih doktor ini bagi memenuhi keperluan selama 10 tahun ke depan,” katanya.

Beliau berkata, jumlah pesakit akan meningkat dengan bertambahnya usia dan kejadian kes penyakit tidak berjangkit yang lebih tinggi.

“Ini memerlukan lebih banyak pakar yang perlu kita latih dari sekarang,” katanya.

Khairy menjawab pertanyaan tambahan daripada Rusnah Aluai (Tangga Batu-PH) mengenai adakah waktu menunggu yang lama di kemudahan penjagaan kesihatan disebabkan oleh kekurangan doktor.

“Sekiranya kita mempunyai doktor yang mencukupi, kenapa pesakit perlu menunggu berjam-jam di hospital dan mengapa perlu berbulan-bulan dan bertahun-tahun untuk mendapatkan perkhidmatan pakar?,” soalnya.

Khairy berkata ramai pakar juga sudah pergi ke sektor swasta kerana gaji di sana lebih baik berbanding perkhidmatan awam. – 15 September, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen