KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 463 kematian baharu Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah kematian di seluruh negara seramai 21,587 orang.
Menurut data yang diberikan oleh kementerian, hanya tiga daripada mangsa yang meninggal dunia semalam manakala baki 460 kematian ada kes tunggakan yang sebelum ini tidak dilaporkan.
Data mengenai kematian koronavirus kini boleh dilihat setiap hari di laman web kerajaan di CovidNow.
Di laman web berkenaan menunjukkan tiga petunjuk untuk kematian Covid-19: kes tunggakan yang dilaporkan pada hari tersebut, kematian yang sebenarnya berlaku pada hari berkenaan dan kematian yang berlaku dalam tempoh kira-kira tujuh hari.
Selangor menyumbang 255 dari 463 kematian, diikuti oleh Kedah (54) dan Johor (38).
Negeri lain yang turut melaporkan kematian adalah Perak (24), Pulau Pinang (23), Kuantan (19), Sabah (16), Kuala Lumpur (12) Sarawak (tujuh), Pahang (enam), Malacca (empat), Terengganu (tiga) dan Negeri Sembilan (dua).
Tidak ada kematian dilaporkan di Perlis, Labuan atau Putrajaya.
Sementara itu, data juga menunjukkan 108 dari 463 kematian dilaporkan meninggal dunia di luar hospital.
Berdasarkan purata tujuh hari yang diberikan oleh CovidNow, jumlah nasional adalah 104 kematian sehari.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa kes Covid-19 terus menurun dengan Malaysia mencatatkan 15,669 jangkitan baharu dalam 24 jam terakhir. – 15 September, 2021.

Komen