JANGKITAN Covid-19 dalam negara terus menurun masuk hari keempat apabila 15,669 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 16,073 semalam, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Jumlah keseluruhan jangkitan kini mencecah 2,011,440, tambah ketua pengarah kesihatan dalam kenyataan.
Selangor juga kembali mendahului negeri lain dengan 2,632 dilaporkan hari ini. Ini diikuti Sarawak dengan 1,983 kes, dan Johor (1,974).
.jpg)
Awal hari ini, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi Twitter memaklumkan sebanyak 74.7% atau 17,480,766 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.
Semalam juga, sejumlah 227,147 dos suntikan telah diberi di seluruh negara, membabitkan 157,912 dos pertama dan 69,235 dos kedua.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam adalah 38,990,335 dos. – 14 September, 2021.
Komen