Jangkitan Covid-19 di premis perindustrian Negeri Sembilan berkurangan, kata exco


Hasil kejayaan program pemberian vaksin Covid-19 kepada pekerja-pekerja industri menjadikan jangkitan Covid-19 di premis perindustrian di Negeri Sembilan berkurangan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 September, 2021.

JANGKITAN Covid-19 di premis perindustrian di Negeri Sembilan semakin berkurangan hasil kejayaan program pemberian vaksin kepada pekerja-pekerja industri.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata pematuhan pekerja industri terhadap prosedur operasi standard (SOP) juga didapati telah mengurangkan jangkitan wabak itu.

“Seramai 61,105 pekerja sektor industri di negeri ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 melalui pusat pemberian vaksin Program Imunisasi Industri Covid-19 Awam-Swasta (PIKAS) yang dibuka di negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 53,961 individu melengkapkan dos kedua vaksinasi di PPV PIKAS d’Tempat Country Club, Sendayan dan PPV PIKAS D’cattleya, Senawang.

Semalam, sebanyak 283 kes Covid-19 dilaporkan di negeri ini menjadikan jumlah keseluruhan 94,467 kes setakat ini. – Bernama, 13 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen