73.4% penduduk dewasa sudah divaksin sepenuhnya


Ravin Palanisamy

Seramai 17,177,911 individu atau 73.4% dari populasi dewasa kini sudah disuntik vaksin Covid-19 sepenuhnya sementara 21,372,276 atau 91.3% daripadanya, sekurang-kurangnya menerima satu dos vaksin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 September, 2021.

SEBANYAK 227,476 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata, ini menjadikan jumlah vaksin yang dikeluarkan setakat semalam sebanyak 38,488,051.

Daripada jumlah berkenaan, 76,346 sudah menerima dos pertama sementara 151,130 menerima suntikan kedua mereka.

Angka terbaru dari jawatankuasa itu menunjukkan bahawa 17,177,911 individu atau 73.4% dari populasi dewasa kini sudah disuntik sepenuhnya sementara 21,372,276 atau 91.3% daripadanya, sekurang-kurangnya menerima satu dos vaksin termasuk vaksin dos tunggal CanSino.

Secara keseluruhan, 65.4% daripada populasi negara mempunyai sekurang-kurangnya satu dos sementara 52.6% diberi vaksin sepenuhnya.

Lembah Klang menduduki tempat teratas vaksinasi dengan 101.3% daripada populasi dewasa sudah divaksin sepenuhnya.

Sementara itu, Sabah akhirnya mencatatkan lebih separuh penduduknya diberi vaksin sepenuhnya dengan data menunjukkan 50.1% daripada kini divaksin sepenuhnya.

Program vaksinasi kebangsaan sudah bermula sejak 24 Februari lepas. – 13 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen