KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menegaskan bahawa angka korban sebenar akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam adalah berbeza berbanding jumlah kematian seperti dilaporkan, kata pegawai hari ini.
Oleh demikian, jumlah 592 kes yang dilaporkan semalam hanya merangkumi 100 kematian sebenar (berlaku pada 11 September) manakala baki 492 lagi merupakan kes kumulatif.
KKM mempunyai kaedah baru untuk melaporkan jumlah kematian di negara ini seperti terdapat di laman sesawang CovidNow yang baru dilancarkan.
Ketua Pusat Penyediaan Data dan Pusat Tindak Balas Krisis (CPRC) Dr Maheshwara Rao Appannan berkata laman web itu akan menunjukkan dua petunjuk mengenai kematian Covid-19, iaitu jumlah kematian yang dilaporkan dan kematian sebenar bagi hari tertentu.
“Jumalah kematian adalah berdasarkan pada hari kes itu diumumkan kepada umum. Setakat ini, ini adalah data yang dilaporkan KKM.
“Kematian sebenar merujuk kepada tarikh pesakit meninggal dunia,” katanya dalam taklimat media mengenai penafsiran data di laman sesawang baru itu.
Angka kumulatif yang tidak dilaporkan sebelum ini akan ditambahkan pada tarikh kematian.
Maklumat tersebut akan dipaparkan pada laman sesawang CovidNow kerana ia sentiasa dikemaskini.
Ini bermaksud angka kematian harian pada hari-hari sebelumnya dalam kajian terdahulu boleh berubah.
“Laman sesawang dan data adalah dinamik,” kata Dr Maheshwara.
Angka 592 yang dilaporkan semalam adalah rekod kematian tertinggi Covid-19 di Malaysia dalam tempoh 24 jam, jika perbezaan antara kematian sebenar dan kematian yang dilaporkan tidak diambil kira.
Dr Maheswara juga berkata Malaysia melaporkan punca kematian sebagai “disebabkan Covid-19” dan bukan “dengan Covid-19”. – 12 September, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen