Hampir 100% populasi dewasa di Lembah Klang sudah divaksin sepenuhnya


Kira-kira 99.9% atau 6.15 juta populasi dewasa di Lembah Klang sudah diberi vaksin sepenuhnya, manakala Sabah ekal sebagai satu-satunya negeri dengan kadar vaksinasi di bawah 50%. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 September, 2021.

KIRA-KIRA 99.9% atau 6.15 juta populasi dewasa di Lembah Klang sudah diberi vaksin sepenuhnya, kata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Labuan pula sudah memvaksin 95.9% atau 65.669 penduduk dewasa diikuti oleh Sarawak sebanyak 88.1% atau 1.79 juta.

Sabah kekal sebagai satu-satunya negeri dengan kadar vaksinasi di bawah 50% dengan hanya 48.6% atau 1.34 juta populasi dewasa yang sepenuhnya divaksin. 

Di seluruh negara, 90.5% atau 21,195,780 juta populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, 72% atau 16,856,812 juta populasi dewasa sudah divaksin sepenuhnya, kata jawatankuasa.

Ini menjadikan jumlah suntikan yang dikeluarkan sejak permulaan program imunisasi pada Februari tahun ini kepada 38,001,646.

Dari segi jumlah penduduk, 51.6% sudah diberi vaksin sepenuhnya sementara 64.9% sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam, Kementerian Kesihatan mengeluarkan 287,059 suntikan vaksin. Dari jumlah ini, 111,027 adalah dos pertama manakala 176,032 adalah dos kedua.

Menurut data dari Covidnow, sehingga semalam sejumlah 23.95 juta orang sudah mendaftar untuk vaksin sementara 8.7 juta belum mendaftar.

Mereka menyasarkan bahawa 28 September, 60% atau 19.59 juta daripada jumlah penduduk akan diberi vaksin sepenuhnya sementara 80% atau 26.12 juta akan divaksin sepenuhnya pada 15 November.

Malaysia semalam melaporkan 21.176 jangkitan baharu dan 341 kematian. Kes aktif di negara ini kini berjumlah 242,161 kes aktif. – 11 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen