Nga Kor Ming ingin jadikan Parlimen bertaraf dunia jika dilantik timbalan speaker


Ravin Palanisamy

Nga Kor Ming ingin menjadikan Parlimen Malaysia bertaraf dunia dengan mengusulkan 10 pembaharuan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 September, 2021.

NGA Kor Ming berkata akan mengusulkan 10 pembaharuan Parlimen jika diberi mandat oleh rakan ahli Parlimen lain untuk menjadi timbalan speaker Dewan Rakyat seterusnya.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata cadangan pembaharuan akan menjadikan Parlimen Malaysia sebagai institusi bertaraf dunia.

Nga yang merupakan bekas timbalan speaker semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkata pembaharuan dicadangkan akan membolehkan Parlimen mempunyai kebebasan kewangan dan juga memainkan peranan utama dalam semak dan imbang terhadap kerajaan seiring doktrin pemisahan kuasa.

Antara reformasi dicadangkan termasuk pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen, yang dimansuhkan pada 1992, dan diusulkan lagi pada era PH.

Beliau berkata, bekas speaker Mohd Ariff Yusof sudah selesai membuat draf rang undang-undang (RUU) ketika itu dan mendakwa sudah tiba masanya untuk menyempurnakan proses perundangan.

“Draf RUU sudah disiapkan dan sepatutnya dibentangkan di Parlimen akhir tahun ini untuk memastikan Parlimen bebas dari segi kewangan dan pentadbiran daripada eksekutif.

“Pemisahan kuasa akan menghalang Parlimen menjadi ‘rubber stamp’ eksekutif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – 10 September, 2021. 

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen