Eksport, perbelanjaan swasta pacu pertumbuhan 5.6% suku pertama negara


Melati A. Jalil

Gabenor Bank Negara Muhammad Ibrahim (tengah) mengumumkan pertumbuhan suku pertama Keluaran Dalam Negara Kasar bagi 2017 hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 19 Mei, 2017.

EKONOMI Malaysia terus berkembang, mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 5.6%, pada suku pertama 2017, meningkat daripada 4.5% pada suku sebelumnya.

Pertumbuhan, yang melebihi ramalan median sebanyak 4.8%, didorong perbelanjaan swasta dan eksport lebih tinggi.

“Perbelanjaan sektor awam juga menjadi turut menyokong pertumbuhan, dengan peningkatan dalam penggunaan dan pelaburan,” kata Gabenor Bank Negara Muhammad Ibrahim pada sidang media hari ini.

Penggunaan swasta berkembang pada kadar 6.6% disokong pertumbuhan berterusan dalam pekerjaan dan pertumbuhan upah dan pelaburan swasta, yang berkembang sebanyak 12.9% dipandu perbelanjaan kapital dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan.

Berdasarkan suku-ke-suku, pertumbuhan ekonomi berlaku sebanyak 1.8%.

Katanya, faktor luaran ialah kunci kepada prestasi Q1 dan pemulihan perdagangan global sejak Q4 2016 mewujudkan momentum.

“Eksport kasar direkodkan mengalami pertumbuhan kuat sebanyak 21.4% pada Q1 2017. Peningkatan ini berlaku merentas produk dan pasaran utama, termasuklah pembuatan produk seperti E&E dan eksport komoditi,” katanya, menambah yang pertumbuhan import kasar juga tinggi iaitu sebanyak 27.7%.

Dalam bidang pembekalan, kebanyakkan sektor ekonomi berkembang pada kadar yang lebih pantas, katanya, kerana peningkatan ini banyak disumbangkan sektor pertanian, yang mencatatkan pertumbuhan positif 8.3% dibandingkan dengan -2.5% pada Q4 2016.

“Pertumbuhan dalam pertanian disebabkan oleh kelapa sawit yang pulih daripada kesan buruk El Nino. Prestasi sektor ini juga disokong pengembangan besar-besaran pengeluaran getah,” katanya.

Pembuatan berkembang pada kadar 5.6% dalam Q1 2017, digerakkan oleh segmen elektronik dan elektrikal yang selaras dengan permintaan global untuk semikonduktor.

“Pertumbuhan juga kukuh berlaku dalam segmen berkaitan pengguna, terutama sekali disebabkan pengeluaran kenderaan motor, dan sektor perkhidmatan yang bertumbuh sebanyak 5.8% yang menerima manfaat daripada peningkatan perbelanjaan isi rumah, kapital pasaran dan aktiviti berkaitan perdagangan.

Sementara itu, inflasi meningkat kepada 4.3% dalam Q1 2017 disebabkan harga minyak meningkat. Inflasi dalam kategori pengangkuran lebih tinggi dengan peningkatan harga RON95 sebanyak 29%, secara puratanya RM2.23/liter dalam Q1 2017, daripada purata RM1.73/liter dalam Q1 2016.

“Penting untuk diambil perhatian yang kadar inflasi tinggi lebih banyak disebabkan kos berbanding faktor permintaan. Di masa hadapan, kadar inflasi dijangka akan bersederhana dalam suku kedua dan seterusnya.

Dia menambah yang persepsi awam ke atas inflasi juga disebabkan oleh harga barangan yang selalu dibeli, misalnya makanan.

“Barang ini selalu mengalami inflasi yang lebih tinggi; bagaimanapun, isi rumah juga berbelanja kepada barangan lain seperti pakaian, yang hakikatnya mengalami penurunan harga.

Secara keseluruhannya, ekonomi Malaysia dalam kedudukan yang betul untuk mencapai pertumbuhan 4.3-4.8% menjelang hujung tahun ini, tambahnya lagi.

“Penilaian kami mendapati yang ekonomi Malaysia dijangka akan mengalami prestasi lebih baik; pertumbuhan akan kekal dipandu permintaan domestik yang berterusan dengan sokongan tambahan dalam peningkatan eksport. – 19 Mei, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen