Saintis Thailand cipta kit ujian calit ketiak kesan Covid-19


Saintis Thailand sedang menguji kit ujian Covid-19 mudah alih yang memerlukan seseorang itu mencalit peluh ketiak bagi mengesan virus. – Gambar EPA, 9 September, 2021.

PELUH ketiak yang membasahi kemeja-T ketika musim monsun ini mungkin mengandungi tanda-tanda jangkitan Covid-19, kata saintis Thailand.

Penyelidik Thailand sedang mengembangkan alat pengesan virus mudah alih, dan mengujinya di kedai-kedai di pasar makanan Bangkok minggu ini.

“Dari sampel, kami dapati orang yang dijangkiti Covid-19 mengeluarkan bahan kimia yang sangat berbeza,” kata Chadin Kulsing dari Universiti Chulalongkorn Bangkok.

“Kami guna penemuan ini untuk kembangkan alat untuk mengesan bau tertentu yang dihasilkan oleh bakteria tertentu dari peluh pesakit Covid-19.

Chadin - yang mengatakan bahawa ujian itu 95 peratus tepat - berharap ia dapat dilancarkan sebagai alternatif kepada untuk ujian calitan yang lebih mahal yang memerlukan pemprosesan makmal.

Namun ia kini masih dalam tahap pengembangan, dan hasilnya masih belum diterbitkan atau ditinjau oleh rakan-rakannya.

Para saintis mengubahsuai alat yang biasanya digunakan untuk mengesan bahan kimia beracun di persekitaran.

Subjek perlu meletakkan kapas di bawah ketiak mereka selama 15 minit, sebelum dimasukkan ke dalam botol kaca dan disteril dengan sinar UV.

“Juruteknik kemudian mengambil sejumlah sampel yang sesuai dengan menggunakan penghisap, dan menekannya ke dalam penganalisis untuk lihat hasilnya,” kata Chadin.

Pengumpulan sampel mengambil masa 15 minit dan hasilnya siap dalam 30 saat.

Ujian peluh mendapat pujian dari vendor pasar Bangkok, yang berkata ia jauh lebih senang berbanding ujian calitan dihidung.

“Ujian peluh ini lebih senang kerana saya dapat bekerja sambil tunggu hasilnya,” kata seorang penjual tembikai berusia 43 tahun kepada AFP.

“Dengan ujian PCR, saya perlu berada di pusat ujian, duduk dan tunggu hasilnya dan ini buang masa saya.”

Pada Khamis Thailand yang sedang memerangi gelombang ketiga Covid-19, melaporkan 16,000 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 1.34 juta sejak pandemik melanda negara itu. – AFP, 9 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen