Kadar pengangguran Julai tidak berubah pada 4.8%. kata Jabatan Perangkaan 


Bilangan pekerja juga mencatatkan penurunan bulan-ke-bulan yang sangat kecil sebanyak 0.02% pada bulan Julai.– Gambar fail The Malaysian Insight, 9 September, 2021.

KADAR pengangguran pada Julai tidak berubah daripada bulan sebelumnya iaitu pada 4.8%, sebahagiannya disebabkan oleh Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang membolehkan beberapa negeri bergerak ke fasa 2, kata Jabatan Perangkaan hari ini.

Walaupun kadar pengangguran sama dengan bulan Jun, masih terdapat sedikit peningkatan sebanyak 1.2% pada pengangguran, meningkatkan jumlah keseluruhan individu terkesan kepada 778,200 pada Julai. 

Bilangan pekerja juga mencatatkan penurunan bulan-ke-bulan yang sangat kecil sebanyak 0.02% pada bulan Julai.

Ketua Perangkawan Dr Mohd Uzir Mahidin berkata lapan negeri yang beralih ke fasa 2 PPN berada dalam peringkat yang mana lebih banyak aktiviti ekonomi dapat beroperasi, memberi petunjuk beberapa kesan positif kepada ekonomi dan situasi tenaga buruh di negeri ini.

“Pelaksanaan PPN memberikan kelonggaran kepada aktiviti ekonomi dan perkhidmatan untuk kembalio beroperasi sejajar dengan fasa PPN. Stareti bersasar ini memberi ruang kepada pasaran buruh untuk pulih dengan pantas,” kata Uzir. 

Keseluruhan tenaga buruh pada bulan Julai adalah 16.07 juta orang, tambahnya ketika mengeluarkan statistik tenaga kerja bulanan jabatan itu hari ini.

PPN juga membolehkan jumlah orang tidak bekerja sementara menurun sebanyak 3.1% atau 776.300 orang pada bulan Julai, setelah mencatat kenaikan selama dua bulan berturut-turut.

Mengikut sektor ekonomi, Uzir berkata semua sektor mencatat penurunan bulan ke bulan kecuali sektor perkhidmatan, yang mencatat perubahan positif kecil setelah mencatat penurunan pada bulan sebelumnya.

“Makanan dan minuman, pengangkutan dan penyimpanan, dan maklumat dan komunikasi adalah antara penyumbang utama pertumbuhan positif di sektor perkhidmatan,” katanya.

Pencari kerja aktif yang menganggur juga meningkat 1.3% kepada 651.300 orang berbanding bulan Jun. Kumpulan ini terdiri daripada 83.7% daripada jumlah penganggur.

Kumpulan lain dikategorikan sebagai “pengangguran yang tidak aktif” yang percaya bahawa tidak ada peluang pekerjaan, meningkat 0.8% kepada 126.900 orang dari bulan sebelumnya. – 9 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen