PIHAK berkuasa India menyekat perayaan keagamaan utama bermula minggu ini, memberi amaran gelombang baharu Covid-19 telah bermula di Mumbai.
Kerajaan negeri di seluruh India yang berjumlah 1.3 bilion penduduk itu juga akan menyekat sebarang perjumpaan besar-besaran.
“Gelombang ketiga tidak akan datang, ia sudah pun ada di sini,” kata datuk bandar Mumbai Kishori Pednekar kepada wartawan pada Selasa.
“Kita boleh sambut perayaan nanti. Mari kita utamakan kehidupan dan kesihatan rakyat kita,” tambah Uddhav Thackeray, ketua menteri Maharashtra, yang merupakan ibu kota Mumbai.
Beliau berkata demikian menjelang perayaan Ganesh Chaturthi selama 11 hari, yang bermula pada Jumaat.
Gelombang Covid-19 terakhir telah membebankan hospital di India dan diketahui dunia telah membunuh lebih 200,000 orang.
Ia terjadi setelah salah satu pertemuan agama terbesar di dunia, Kumbh Mela, yang menarik sekitar 25 juta penganut Hindu.
Pihak berkuasa berkata lonjakan kes baru-baru ini di Kerala setelah festival Onam pada Ogos semestinya menimbulkan kebimbangan.
Tetapi ramai tidak mengendahkan malah berhimpun di pasar di Maharashtra dan negeri-negeri lain dalam beberapa hari ini, sekali gus mengetapikan amaran kerajaan.
Kerajaan negeri akan mengehadkan ketinggian patung dewa berkepala gajah Ganesha bagi mengurangkan jumlah penyembah yang membawanya semasa festival.
Perarakan pada hari pertama dan terakhir perayaan itu akan dilarang.
Sekatan pergerakan dan aktiviti dijangka akan diperkenalkan minggu ini ketika jangkitan meningkat di Nagpur, bandar utama Maharashtra.
India mempunyai jumlah beban kedua tertinggi di dunia, dengan lebih 33 juta jangkitan dan 441,000 kematian. – AFP, 8 September, 2021.
Komen