19,733 kes baharu Covid-19


Ravin Palanisamy

Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur (537) dan Putrajaya (29) melaporkan sejumlah 3,549 kes hari ini yang merupakan 18 peratus dari jumlah kes di negara ini hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 September, 2021.

MALAYSIA hari ini mencatatkan 19,733 jangkitan baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,900,467 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Untuk hari ketiga berturut-turut, Sarawak menduduki tempat teratas dengan 3,100 jangkitan diikuti Selangor di tempat kedua dengan 2,989 kes.

Selangor sebelum ini mendahului carta kes harian selama 136 hari berturut-turut, bermua 23 April hingga 5 September, menjadikannya satu rekod untuk sebuah negeri mencatat kes tinggi setiap hari.

Sementara itu, kes di Pulau Pinang meningkat ke 2,474 kes hari ini, menjadikannya tempat ketiga dalam senarai hari ini. Angka tertinggi yang perlu dicatatkan sebelum ini adalah sebanyak 2,078 kes yang dilaporkan pada 26 Ogos.

Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur (537) dan Putrajaya (29) melaporkan sejumlah 3,549 kes hari ini yang merupakan 18 peratus dari jumlah kes di negara ini hari ini.

Negeri lain yang melaporkan kes baharu ialah Sabah (2,067), Johor (1,867), Kedah (1,564), Kelantan (1,471), Perak (1,391), Terengganu (904), Pahang (700), Melaka (375), Negeri Sembilan (256) dan Perlis (74).

Labuan, satu-satunya wilayah dalam Fasa 4 di bawah Pelan Pemulihan Nasional melaporkan tujuh jangkitan baharu hari ini.

Pada keseluruhan kes, Selangor mendahului dengan 630,575 kes sementara di tempat kedua dengan perbezaan yang besar adalah Kuala Lumpur dengan 178,157 kes diikuti oleh Sabah di tempat ketiga dengan 165,439 kes.

Sementara itu, sejumlah 326,476 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah vaksin sepenuhnya sudah diberikan kepada 16,299,881 individu.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKVAV) berkata seramai 134,307 individu sudah menerima dos pertama mereka semalam sementara 192,169 menerima dos kedua mereka.

Sehingga kini, 20,814,413 orang atau 88.9% daripada populasi dewasa sudah menerima suntikan pertama mereka.

Lembah Klang sudah melepasi Labuan sebagai negeri yang mempunyai jumlah vaksinasi tertinggi dengan 6,026,572 orang atau 97.8% dari populasi dewasa yang sudah diberi vaksin sepenuhnya. – 8 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen