MAHKAMAH Rayuan hari ini menolak rayuan bekas perdana menteri Najib Razak untuk menggugurkan bekas hakim mahkamah persekutuan Gopal Sri Ram daripada pasukan pendakwaan dalam kes berkaitan 1MDB.
Panel tiga hakim prosiding berkenaan sebulat suara menolak rayuan Najib untuk menggugurkan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya.
Panel hakim berkenaan terdiri daripada Yaacob Md Sam, Abu Bakar Jais dan Che Mohd Ruzima Ghazali.
Najibn memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 15 Februari, yang menolak permohonannya untuk menggugurkan Sri Ram daripada prosiding kes berkaitan 1MDB yang dihadapi ahli Parlomen Pekan.
Najib sebelum ini turut memfailkan beberapa rayuan di mahkamah berasingan untuk menggugurkan Sari Ram daripada pasukan pendakwaan.
Antara kes yang diketuai Sri Ram adalah kes pindaan laporan audit 1MDB dan kes rasuah 1MDB.
Permohonan semakan kehakiman Najib untuk menggugurkan Sri Ram daripada pasukan pendakwaan dalam perbicaraan ini ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Ogos.– 8 September, 2021.
Komen