Seorang petugas kesihatan membuat ujian Covid-19 kepada kakitangan perubatan berhampiran Halyk Arena di Almaty ketika Kazakhstan mengenakan sekatan kedua di seluruh negara bagi mengekang lonjakan besar kes Covid-19. – Gambar AFP, 7 September, 2021.
SERAMAI 5,711,392 penduduk Kazakhstan telah lengkap dua dos vaksin Covid-19 sehingga hari ini, lapor Agensi Berita Kazakhstan (KazInform).
Kementerian Kesihatan menerusi akaun Telegram memaklumkan seramai 6,882,241 orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat ini.
Sementara itu, sebanyak 3,583 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu. – Bernama, 7 September, 2021.
Komen