PIHAK berkuasa kesihatan memberikan 313,751 dos vaksin Covid-19 semalam, menjadikan jumlah individu sudah divaksin penuh kepada 68.8% atau 16,107,712 orang.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata 132,640 menerima suntikan dos pertama semalam, sementara 181,111 dos kedua.
Setakat ini, 20,677,827 individu ataur 88.3% populasi dewasa sudah menerima dos pertama vaksin di negara ini.
Lembah Klang kini merekodkan kadar vaksinasi penuh tertinggi di Malaysia, mengatasi Labuan dengan 5,987,464 individu atau 97.1% daripada populasi dewasan menerima dua dos.
Lebih 36 juta dos vaksin diberikan sejak 24 Februari, ketika program imunisasi bermula.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan menjangkakan 80% populasi dewasa akan divaksin menjelang akhir Oktober, di mana Covid-19 akan menjadi endemik di negara ini. – 7 September, 2021.
Komen