PARA pemimpin wanita Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang hari ini melancarkan hashtag #breakthesilence bagi menggesa mangsa-mangsa gangguan seksual mendedahkan pelakunya, tidak kiralah betapa “berkuasanya” mereka.
Ini susulan beberapa laporan berita mengenai wartawan wanita di Malaysia, Indonesia dan Filipina menerima gangguan seksual, termasuk dari ahli-ahli Parlimen yang sudah berumahtangga.
Exco wanita Pulau Pinang, Chong Eng berkata pemimpin-pemimpin PH berharap dapat menawar sokongan moral termasuk bantuan undang-undang serta menggesa supaya mereka tapil ke depan bersama kisah mereka.
Kata Chong, setiap wanita mesti bersatu meghentikan gangguan seksual di tempat kerja.
“Susulan berita-berita yang dilaporkan, wujud persoalan mengenai kesahihan kejadian yang didakwa. Kita tak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
“Namun, bukanlah mudah untuk tampil ke depan dan berkata anda adalah mangsa gangguan seksual serta mendedahkan siapa pelakunya, kerana budaya masyarakat kita menjadikannya sukar,” kata Chong pada persidangan akhbar hari ini.
“Kebiasaannya, pelaku itu lebih berkuasa dari mangsa, dan dalam kes ini ia melibatkan ahli-ahli Parlimen dan berada dalam kerajaan.
“Malah di peringkat antarabangsa kita lihat wanita harus berada dalam kedudukan yang tinggi untuk mendapatkan perhatian mengenai isu seperti ini.”
Chong yang merupakan Ketua Wanita DAP Kebangsaan menegaskan yang mangsa perlu bangkit dan tidak kiralah setinggi manapun kedudukan si pelaku, ia harus didedahkan. – 22 Januari, 2018.
MENYUSUL
Komen