CALON MCA dijangka akan bertanding di Gelang Patah, Johor dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur iaitu dua kerusi Parlimen yang dipinjamkan kepada Umno dalam pilihan raya umum (PRU) pada 2013.
Bagaimanapun, perbincangan masih dilakukan mengenai sama ada Kuantan – satu lagi kerusi tradisional MCA yang dipinjamkan kepada Umno, akan dipulangkan kepada parti terbesar untuk kaum Cina di negara ini dan juga parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).
Sumber memberitahu The Malaysian Insight bahawa peluang untuk Kuantan kembali pada MCA, tipis.
Tiga kerusi itu dipinjamkan kepada parti dalam Barisan Nasional (BN) itu atas alasan strategik.
Pada masa itu, Umno merasakan lebih baik menyasarkan untuk menang undi Melayu di kawasan kerusi campuran kaum berkenaan.
Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Wangsa Maju selama ini memang kerusi Umno dan dipinjamkan sementara kepada MCA pada 2004 dan 2008.
Ketika tiga kerusi itu diberikan kepada Umno pada 20133, akar umbi MCA bimbang kerusi itu akan hilang selamanya.
Umno kalah di ketiga-tiga kerusi itu pada 2013 dalam PRU13.
Veteran DAP Lim Kit Siang menewaskan bekas menteri Johor Abdul Ghani Othman di Gelang Patah pada 2013 dengan majoriti 14,762 undi. Jumlah pengundi yang keluar mengundi ialah 89.07%.

Seorang sumber DAP sebelum ini memberitahu The Malaysian Insight, Lim akan mempertahankan Gelang Patah.
MCA mungkin akan meletakkan Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh yang mengeluarkan filem pendek tentang kekecewaannya terpaksa memberi laluan kepada Ghani pada saat terakhir sebelum PRU13, menerusi Facebook, pada Sabtu.
Ketua MCA Bahagian Wangsa Maju Yew Teong Look mungkin bertanding sekali lagi pada PRU14 sebagai calon BN di Wangsa Maju.
Yeo yang pernah menjadi ahli Parlimen satu penggal di Wangsa Maju MP (2004-2008), enggan berkempen untuk Umno pada 2013.
Umno memegang kerusi itu antara 1995 dan 2004.
Wee Choo Keong dari PKR menewaskan Yew dan memenangi kubu kuat BN itu pada 2008 dengan majoriti kecil 150 undi.
Pada 2013, calon PKR, Tan Kee Kwong menewaskan calon Umno Mohd Shafei Abdullah dengan jumlah majoriti 5,511 undi.
Kerusi Kuantan dipegang oleh Fu Ah Kiow yang memenanginya pada PRU 2004 sebelum kalah kepada Fuziah Salleh daripada PKR pada 2008.
Fuziah menewaskan Fu dengan majoriti 1,826 undi. – 22 Januari, 2018.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan