Operasi ICU di 5 negeri melebihi kapasiti 


Ragananthini Vethasalam

UNIT rawatan rapi (ICU) di lima negeri merekodkan kemasukan pesakit melebihi kapasiti 100% semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. 

Sabah, yang merekodkan vaksinasi terendah di seluruh negara, merekodkan kapasiti pada 110%.

Kedah merupakan yang tertinggi dengan 128% yang mana 104 katil digunakan untuk pesakit Covid-19. 

Negeri lain adalah Pulau Pinang dnegan 101% (69 katil), Perak 106% (90 katil) manakala Perlis yang hanya mempunyai 11 katil merekodkan 100%. 

Kedah dan Perak adalah antara empat negeri selain Sabah dan Kelantan yang memberi vaksin kurang daripada 50% daripada populasi dewasa. Kira-kira 47.9% orang dewasa di Kedah dan 48.9% di Perak telah melengkapkan dua dos.

Selangor yang merekodkan jumlah kes harian tertinggi  sebaliknya berada di ambang kapasiti penuh dengan 337 katil atau 99% daripada kapasiti ICU. 

“Kadar penggunaan ICU di seluruh negara adalah 89%,” kata Dr Noor Hisham merujuk kepada data setakat 5 petang semalam. 

Rata-rata memerlukan 14 hingga 21 hari untuk merawat pesakit ICU bergantung kepada tahap jangkitan Covid-19.

Sementara itu, kadar penggunaan di seluruh negara untuk katil bukan ICU adalah 76% dengan Pulau Pinang melaporkan penggunaan tertinggi dengan 829 katil atau 110%. – 3 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen