MALAYSIA baru-baru ini menerima penghantaran vaksin dos tunggal pertama dari CanSino Biologics Inc, yang merupakan tambahan baharu untuk portfolio vaksin dua dos di negara ini.
Putrajaya sebelum ini berkata, vaksin dos tunggal – CanSino dan Johnson & Johnson – kemungkinan akan diberikan di kawasan yang sukar diakses.
Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi Dr Adham Baba baru-baru ini berkata, CanSino akan digunakan bersama dengan vaksin Sinovac bagi meningkatkan perlindungan vaksinasi di negeri yang masih belum memberikan suntikan vaksin sekurang-kurangnya 50% penduduknya.
“CanSino boleh digunakan di daerah yang sukar dicapai dan jauh untuk vaksinasi dua dos,” katanya.
Adham berkata, Malaysia sudah membeli 3.5 juta dos vaksin CanSino.
Daripada jumlah ini, 3 juta dos akan diisi dan diselesaikan secara tempatan oleh Solution Biologics Sdn Bhd (SolBio).
Baki 500,000 dos produk siap akan diterima secara pukal dari CanSino China.
Malaysia menerima kumpulan pertama vaksin CanSino yang terdiri daripada 200,000 dos dari Beijing, China pada 20 Ogos.
Menurut penemuan ujian klinikal Tahap 3, Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) yang dihasilkan oleh CanSino Biologics yang berpangkalan di China dikatakan mempunyai kadar keberkesanan 65.28% untuk mencegah semua kes simptomatik Covid-19.
Ujian klinikal fasa tiga dilakukan di Pakistan, Rusia, Mexico dan Chile.
Suntikan penggalak mungkin diperlukan
Ia berfungsi dengan cara yang serupa dengan vaksin AstraZeneca.
Virus selsema yang lemah, yang dikenali sebagai adenovirus digunakan untuk membawa protein permukaan pathogen SARS-CoV-2 yang tidak dapat ditiru ke sel yang seterusnya akan mencetuskan tindak balas imun.
Bagaimanapun ketua pegawai saintifik CanSinoBIO Zhu Tao dilaporkan berkata pada 1 April bahawa keberkesanan vaksin dapat menurun dari semasa ke semasa.
Beliau berkata, vaksin perlu mempunyai keberkesanan sekurang-kurangnya 50% lima hingga enam bulan selepas disuntik.
Zhu juga mengemukakan idea bahawa suntikan penggalak mungkin diperlukan walaupun lebih banyak data percubaan klinikal diperlukan untuk menentukannya.
“Suntikan penggalak enam bulan kemudian menyebabkan peningkatan tujuh hingga 10 kali ganda dalam meneutralkan kadar antibody, jadi kami menjangkakan dalam hal ini keberkesanan dapat mencapai lebih 90%,” katanya seperti dipetik Reuters pada April.
Dalam laporan Reuters yang lain pada Ogos, Zhu dipetik berkata keberkesanannya dapat menurun sekitar 30% selepas enam bulan.
Beliau juga berkata bahawa tahap antibody dapat meningkat sebanyak lapan kali ganda dengan suntikan kedua selepas divaksin.
Tidak seperti vaksin dua dos yang memerlukan 14 hari untuk perlindungan sepenuhnya, penerima vaksin CanSino dianggap sebagai vaksin sepenuhnya selepas 28 hari.
Vaksin ini juga lebih murah dari segi logistik dan penyimpanan kerana tidak memerlukan penyimpanan ultra sejuk dan boleh disejukkan pada suhu 2 darjah selsius sehingga 8 darjah selsius.
Pierre Morgon, naib presiden kanan di Hong Kong yang menyenaraikan CanSinoBIO berkata syarikat itu ingin memadankan vaksin dengan vaksin Sputnik V yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan Gamaleya Rusia dalam percubaan klinikal akan datang.
CanSino juga merupakan yang pertama di dunia yang memulakan ujian klinikal pada manusia. Indiviru pertama yang direkodkan menerima suntikan itu ialah Dr Chen Wei, seorang ahli virologi dan jeneral utama Tentera Pembebasan Rakyat.
Selepas menerima suntikan pada 29 Februari 2020, beliau juga merupakan salah seorang indiviru pertama di dunia yang menerima suntikan Covid-19.
Pada Jun tahun lepas, sebulan selepas syarikat itu menerbitkan data percubaan klinikal fasa 1, syarikat itu diluluskan oleh tentera China untuk digunakan oleh tentera mereka.
Pada masa ini, vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac dua dos diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Malaysia.
Kerajaan juga meminta vaksin dos tunggal Janssen daripada Johnson & Johnson melalui kemudahan Covax. – 3 September, 2021.
Komen