20,988 kes baharu Covid-19, 3 negeri pecah rekod


Ravin Palanisamy

Selangor kekal sebagai negeri yang melaporkan kes harian Covid-19 tertinggi dengan 4,073 kes diikuti oleh Sarawak dengan 2,992 kes dan Kedah dengan 2445 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 September, 2021.

MALAYSIA kembali mencatatkan jangkitan dalam angka 20,000 apabila Kementerian Kesihatan melaporkan 20,988 kes dalam 24 jam terakhir.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini berjumlah 1,786,004.

Beliau berkata, Selangor kekal sebagai negeri yang melaporkan kes harian tertinggi dengan 4,073 kes diikuti oleh Sarawak dengan 2,992 kes dan Kedah dengan 2445 kes.

Sabah turun ke tangga keempat dengan  2,329  kes.

Sarawak sebelum ini mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 2,548 pada 20 Ogos, sementara Kedah mencatatkan 2,455 kes pada 25 Ogos.

Negeri lain yang melaporkan kes tinggi adalah Terengganu dengan 987 kes di mana sebelum ini negeri pantai timur itu melaporkan kes tertinggi sebanyak 883 kes pada 31 Julai.

Negeri lain yang melaporkan kes baharu ialah Johor (2,145), Pulau Pinang (1,600), Kelantan (1,247), Perak (990), Kuala Lumpur (731), Pahang (599), Melaka (407), Negeri Sembilan (301), Perlis (90), Putrajaya (37) dan Labuan (lima).

Jumlah kes di Lembah Klang sahaja termasuk Putrajaya adalah 4,841 atau 23% daripada jumlah kes hari ini.

Sementara itu Malaysia mengeluarkan 398,134 suntikan vaksin Covid-19 semalam menjadikan jumlah suntikan sebanyak 35.2 juta.

Sehingga kini, 15.2 juta populasi dewasa (65.1%) sudah diberi vaksin sementara 19.9% juta penduduk (85.1% orang dewasa) sudah menerima satu dos, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19. – 2 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen