Kementerian rancang untuk vaksin semua guru, staf sokongan, kata Khairy


Ravin Palanisamy

Memvaksin populasi dewasa di sekolah merupakan cara terbaik untuk memastikan keselamatan anak-anak yang belum divaksin.– Gambar fail The Malaysian Insight, 1 September, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan berharap untuk memastikan semua guru dan kakitangan sokongan sekolah divaksin sepenuhnya untuk memastikan persekitaran dan proses pembelajaran selamat untuk pelajar yang akan kembali ke sekolah pada Oktober, kata Khairy Jamaluddin hari ini. 

Menteri kesihatan berkata memvaksin populasi dewasa di sekolah merupakan cara terbaik untuk memastikan keselamatan anak-anak yang belum divaksin. 

Beliau berkata ini kerana tiaeda tarikh jelas vaksinasi akan dimulakan ke atas mereka yang berusia 12 hingga 17 tahun, dan tiada kelulusan vaksin untuk merkea yang berusia 12 tahun ke bawah. 

“Dalam konteks ini, saya dengan senang hati memaklumkan bahawa berdasarkan angka terbaru yang diperoleh kementerian kesihatan, daripada jumlah keseluruhan 412,000 guru di seluruh negara, 96.5% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Sementara itu, 83.5% guru telah menyelesaikan dua dos vaksin diikuti oleh 84.8% kakitangan sokongan sekolah telah menerima satu dos dan 68.8% lagi diberi vaksin sepenuhnya,” kata Khairy kepadap pemberita pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Bulan lalu, Kementerian Pendidikan berkata sekolah akan dibuka semula secara berperingkat bermula 3 Oktober.

Khairy berharap semua baki guru akan menerima vaksin sebelum sekolah dibuka semula, dan secara sini berkata beliau akan merujuk golongan akti-vaksin kepada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

“Kami berharap 100% guru divaksin sepenuhnya. 

“Bagi guru yang enggan divaksin atau anti-vaksin, saya akan minta mereka berjumpa Tengku Mahkota Johor selepas ini,” katanya. 

Ini merujuk kepada keputusan tengku mahkota minggu lalu untuk berjumpa dengan 779 guru di Johor yang enggan divaksin. 

Beliau berkata hanya mahu membantu selesaikan isu berkenaan.

Sementara itu, Khairy berkata kerajaan setakat ini belum memberi kelulusan untuk menyediakan vaksin kepada kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

Beliau berkata ia masih di bawah penilaian dan semakan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). 

Bagaimanapun beliau berkata Pfizer-BioNTech sedang mengeluarkan vaksin khusus yang sesuai digunakan untuk kanak-kanak. 

“Dalam perbincangan saya dengan Pfizer baru-baru ini, kami dimaklumkan bahawa mereka mungkin mempunyai vaksin khusus yang akan digunakan untuk anak-anak.
 
“Vaksin ini akan mempunyai tahap dos yang berbeza berbanding dos yang diberikan kepada golongan dewasa. 

“Jadi kita masih dalam proses rundingan dengan Pfizer dan cuba mendapatkan data klinikal untuk melihat sekiranya vaksin ini selamat untuk diberikan kepada kanak-kanak.

“Oleh itu, kita masih belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk memberi vaksin kepada kanak-kanak,” katanya. – 1 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen