278 kematian baharu Covid-19, 1,007 di ICU


Sebanyak 278 kematian baharu akibat Covid-19 dalam 24 jam terakhir menjadikan jumlah kematian keseluruhan mencecah hampir 17,000 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 September, 2021.

MALAYSIA mencatatkan 278 kematian baharu akibat Covid-19 dalam 24 jam terakhir menjadikan jumlah kematian keseluruhan mencecah hampir 17,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata kini terdapat 16,962 kematian direkodkan akibat Covid-19.

Beliau juga berkata, terdapat 1,007 pesakit yang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 464 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah pesakit pulih mengatasi kes baharu dengan 21,073 pesakit pulih berbanding 18,762 yang dijangkiti.

Kes aktif kini berjumlah 1,765,016.

Dalam pada itu, 42 kluster baharu turut direkodkan hari ini yang mana 22 daripadanya adalah dari tempat kerja.

17 kluster lagi melibatkan penularan komuniti, manakala satu kluster membabitkan pusat tahanan, institusi pendidikan dan agama.

Buat pertama kalinya sejak p[andemk bermula, angka jangkitan harian dan situasi Covid-19 dikeluarkan dalam kenyataan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, berbanding Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. – 1 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen