Lebih 15 juta populasi dewasa lengkap vaksin Covid-19 setakat 31 Ogos


Seramai 15,032,301 individu atau 64.2% daripada populasi dewasa lengkap suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, kata JKJAV. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 September, 2021.

SERAMAI 15,032,301 individu atau 64.2% daripada populasi dewasa negara ini melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan, seramai 19,741,754 individu atau 84.3% menerima sekurang-kurangnya satu dos menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam 34,752,340 dos.

Menurut JKJAV, 60.5% daripada jumlah populasi keseluruhan negara telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 46% melengkapkan vaksinasi.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 261,768 dos dengan 115,473 daripadanya merupakan dos pertama manakala 146,295 melengkapkan penerimaan dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – Bernama, 1 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen