KEMENTERIAN Kesihatan mengesan 22 kluster baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini, yang mana 714 kes positif dilaporkan, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan berkata daripada 22 kluster baharu itu, 11 dikaitkan dengan tempat kerja, lapan dari penularan komuniti, dua dari kumpulan berisiko tinggi dan satu di pusat tahanan.
Mengulas lanjut mengenai pecahan 714 kes, Noor Hisham berkata 11 kluster tempat kerja menyumbang 287 kes, penularan komuniti 197 kes, kumpulan berisiko tinggi 45 kes dan pusat tahanan 185 kes.
Beliau berkata Kelantan merekodkan enam kluster diikuti Johor lima dan Selangor empat.
Pahang merekodkan tiga kluster baharu, Sabah dua manakala Terengganu dan Kedah masing-masing satu kluster baharu.
22 kluster berkenaan adalah:
Tempat kerja
1. Paku Minyak Beku di Batu Pahat, Johor (15 kes)
2. Industri Parit Ju di Batu Pahat, Johor (11 kes)
3. Jalan Tanjung Laboh di Batu Pahat, Johor (11 kes)
4. Jalan Sawit Baru Enam di Kulai, Johor (9 kes)
5. Kawasan Perindustrian 11 di Kota Bharu, Bachok dan Pasir Mas, Kelantan (14 kes)
6. Jalan Pasar Pengkalan Chepa di Kota Baru, Kelantan (12 kes)
7. Ladang Renjok di Bentong, Pahang (56 kes)
8. Ladang Sri Telang di Lipis, Pahang (35 kes)
9. Industry Dua Batu 16 Setengah Rawang di Gombak, Selangor (56 kes)
10. Industri Meranti Jaya 10 di Sepang, Selangor (13 kes)
11. Sawit Jeroco di Lahad Datu, Sabah (55 kes)
Komuniti
12. Kg Nipah di Bachok, Kelantan (14 kes)
13. Beris Panchor di Bachok, Kelantan (11 kes)
14. Kg Chandang di Pasir Mas, Kelantan (7 kes)
15. Kg Kubang Gendang Chetok di Pasir Mas, Kelantan (5 kes)
16. Kg Sungai Sia di Raub, Pahang (9 kes)
17. Nasakot di Ranau, Sabah (31 kes)
18. Kg Pecah Rotan di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, Terengganu (95 kes)
19. Kg Nelayan Benut di Pontian, Johor (25 kes)
Kumpulan berisiko tinggi
20. Jalan USJ 1/3B di Petaling, Selangor (16 kes)
21. Dah Gajah Mati di Kota Setar, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu, Kedah (29 kes)
Pusat tahanan
22. DTI Sepang 3 di Sepang, Selangor (185 kes)
Noor Hisham berkata pertambahan kluster hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster di negara ini kepada 4,731 yang mana 1,475 adalah aktif dan 3,256 ditamatkan.– 31 Ogos, 2021.
Komen