463 kawasan Lembah Klang berdepan gangguan air kerana pencemaran


Elill Easwaran

AIR Selangor mengumumkan 463 kawasan di Lembah Klang akan berdepan gangguan bekalan air selepas loji rawatan Sungai Semenyih ditutup berikutan pencemaran dikesan di stesen pam air mentah Jenderam Hilir pagi tadi. 

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Elina Baseri berkata loji rawatan Sungai Semenyih akan ditutup kerana Air Selangor bekerjasama dengan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) untuk mengenal pasti punca pencemaran air di sepanjang Sungai Semenyih.

Tambahnya lima kawasan Air Selangor - Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat - dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. 
 
Pengguna boleh mendapatkan senartai kawasan terjejas menerusi laman web Air Selangor dan aplokasi telefon bimbit Air Selangor.

Kali terakhir gangguan bekalan air berlaku pada November tahun lalu apabila empat loji rawatan di Selangor terpaksa ditutup selepas pencemaran bau dikesan. 

Gangguan iu menjejaskan 1.14 juta pemegang akaun di 1,279 kawasan di  Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Hanya sebulan sebelum itu loji rawatan air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi ditutup kerana pencemaran sungai. 

Kemudian pada bulan yang sama, loji rawatan Sungai Selangor 1, 2 dan 3 serta loji raweatan Sungai Panjang juga ditutup selepas pencemaran dikesan di sungai berkenaan. 

Pada September lalu turut menyaksikan gangguan air selama enam hari melibatkan loji rawatan yang sama kerana pencemaran sungai. – 31 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen