EU sekat semula kemasukan pelawat dari AS


Kesatuan Eropah mencadangkan negara ahlinya mengenakan semula sekatan perjalanan untuk pelawat tiba dari AS. – Gambar AFP, 31 Ogos, 2021.

KESATUAN Eropah pada Isnin mencadangkan negara ahlinya untuk mengenakan semula sekatan perjalanan ke atas pelawat dari AS disebabkan lonjakan kes Covid-19 di negara itu.

Majlis Eropah yang mewakili 23 blok kerajaan berkata ia mengeluarkan enam negara dari senarai pengecualian sekatan perjalanan urusan tidak penting ketika pandemik.

“Israel, Kosovo, Lubnan, Montenegro, Macedonia Utara dan Amerika Syarikat dikeluarkan dari senarai,” kata kenyataan.

Tindakan itu tidak mengikat secara perundangan negara ahli, yang masih boleh memilih untuk membenarkan ketibaan pelawat AS walaupun wujud kebimbangan penularan Covid-19.

Tetapi, kebanyakan negara ahli setakat ini mengikuti semua cadangan perjalanan dikeluarkan Brussels.

Perjalanan untuk urusan tidak penting dari luar EU dan lapan buah negara bersekutu- Iceland, Lichtenstein, Norway, Switzerland, Andorra, Monaco, San Marino dan Vatican juga disekat.

Beberapa negara dan wilayah juga dikecualikan daripada senarai itu, tetapi jumlahnya semakin berkurangan dan kini hanya mengandungi 17 buah negara, termasuk China jika Beijing bersedia melalukan perkara sama.

EU mencadangkan negara ahlinya membatalkan sekatan perjalanan urusan tidak penting dari AS pada Jun, membolehkan pelancongan musim panas.

Keputusan itu dibuat selepas AS melaporkan kadar vaksinasi yang tinggi.

Tetapi, kes Covid-19 kembali naik di negara itu disebabkan penularan varian Delta. – AFP, 31 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen