Ubah hotel jadi pusat Covid-19 bantu golongan B40  


Pemandangan luar hotel Travelodge City Centre di ibu negara yang dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Ogos, 2021.

SEBUAH kumpulan bukan berasaskan keuntungan mengubah sebuah hotel di pusat bandar Kuala Lumpur menjadi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) untuk golongan berpendapatan rendah.

Idea itu adalah daripada Crisis Relief Services and Training Bhd (CREST) Malaysia, yang merupakan pengasas bersama Travelodge Hotels Asia untuk mengubah hotel Travelodge City Centre di Jalan Hang Kasturi kepada pusat kuarantin.

Hotel yang juga pusat kuarantin ini merupakan yang pertama menyediakan penjagaan dan rawatan untuk komuniti B40 secara percuma. 

PKRC ini yang diluluskan operasinya oleh Kementerian Kesihatan, disokong dan ditaja sepenuhnya menerusi sumbangan dan dijalankan oleh sukarelawan.  

CREST Malaysia mempertunukkan RM2.7 juta untuk menguruskan pusat ini sehingga November. 

Pengarah eksekutifnya Cheong Chee Keen berkata inisiatif ini dimulakan untuk membantu komuniti B40 yang terjejas teruk.

“Dengan negara melaporkan hampir 20,00 kes Covid-19 setiap hari, saya tidak tahu sama ada kerajaan ada bilangan mereka dari kumpulan B40. 

“Kumpulan B40 sudah terjejas dan kini pandemik semakin buruk, mereka sukar untuk mencari tempat kuarantin sama ada ia penuh atau mereka terpaksa bayar. 

“Kebanyakan mereka tidak boleh kiarantin di rumah kerana keadaan di rumah mereka yang tidak kondusif. Jadi dalam situasi ini, sekiranya seseorang itu dijangkiti, mereka berkemungkinan akan menjangkiti seluruh ahli keluarga, dan ia lebih teruk sekiranya mereka tinggal di rumah flat, mereka boleh menjangkiti ramai orang di kawasan itu,” kata Cheong kepada The Malaysian Insight. 

PKRC Travelodge City Centre akan menempatkan  pesakit Covcid-19 Kategori 1 dan 2 dari komuniti B40. 

Pesakit ini akan dirujuk ke pusat itu oleh Pusat Peni;aian Covid-19 (CAC) atau Pusat Kesihatan Daerah (PKD). 

Apabila pesakit datang untuk mendaftar di hotel berkenaan, mereka hanya perlu membawa keputusan ujian Covid-19, surat rujukan, kad pengenalan dan wang deposit RM100, yang mana akan dipulangkan kemudian.

“Jadi, sebaik sahaja kita mendapat rujukan dari CAC atau PKD, kita akan menghantar van untuk mengambil pesakit ke hotel,” katanya dan menambah setakat 30 Ogos, seramai 102 pesakit ditempatkan di hotel berkenaan. 

PEtugas sukarelawan dari Crisis Relief Services and Training Bhd (Crest Malaysia) menghantar dan meletakkan makanan di hadapan bilik pesakit.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Ogos, 2020.

Cheong berkata ibu bapa bersama anak berusia dua tahun dan ke atas boleh duduk dengan selesai di persekitaran ini, yang menyediakan keperluan kuarantin teratur mengikut prosedur operasi standard (SOP) kerajaan. 

Katanya, ini juga akan membantu ibu bapa yang pisitif Covid-19 tapi tidak tahu di mana untuk letakkan anak-anak mereka apabila mereka dikuarantin. 

“Selain bilik individu, kita juga bilik keluarga. 

“Jadi, sekiranya ada ibu datang bersama anak ke pusat kami, kami akan sediakan bilik keluarga. 

“Sekiranya mereka ke pusat kuarantin kerajaan, mereka mungkin akan dipisahkan namun di sini kami letakkan mereka dalam satu bilik,” katanya.

Sepanjang berada di pusat itu, pesakit akan diberikan makanan halal tiga kali sehari, serta ujian kesihatan harian dan petugas kesihatan akan bertugas sepanjang masa setiap hari.

Pelawat, makanan luar atau penghantaran makanan tidak dibenarka. 

Hotel berkenaan mula menerima pesakit bermula 7 Ogos dan akan beroperasi selama tiga bulan. 

“Kita sudah tubuhkan PKRC ini selama tiga bulan 

“Kami harap ia tidak dilanjutkan. Serkianya dilanjutkan bermakna kes Covid-19 di negara ini tidak turun, dan ia bukan petanda yang baik,” katanya. 

Tambah Cheong beberapa kerajaan negeri turut berunding dengan pihaknya untuk memulakan pusat kuarantin sama di negeri mereka. 

Katanya perbincangan masih di peringkat permulaan. 

Cheong berkata kos keseluruhan untuk PKRC Travelodge City Centre beroperasi selama tiga bulan, termasuk sukarelawan, sebanyak RM2.7 juta 

Setakat ini kata Cheong seramai 113 sukarelawan bekerja untuk projek ini, namun CREST Malaysia masih mencari sumbangan dan sukarelawan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan boleh mendaftar di bit.ly/VolunteerCREST dan mereka yang ingin menyampaikan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun 8008389938 (CIMB) atau 514196118174 (Maybank). – 31 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen