PADA bulan Merdeka tahun lalu, Malaysia melalui fasa perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), aktiviti perniagaan dibenarkan, pelajar dibenarkan hadir ke sekolah dan universiti dan jumlah kes Covidf-19 masih di bawah 10,000.
Setahun kemudian, ketika negara bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-64, keadaan dilihat masih kelam.
Malaysia masih merekodkan jangkitan harian minima 20,000 sehari dan universiti ditutup, perniagaan dibnarkan beroperasi pada kapasiti minimum namun ramai yang gulung tikar. Terdapat peningkatan dalam kes bunuh dan keganasan rumah tangga kerana ramai yang kehilangan kerja dan hilang sumber pendapatan.
Malah berlaku krisis politik yang baru-baru ini diselesaikan dengan pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri ke-9 dan seluruh kabinetnya mengangkat sumpah semalam.
The Malaysian Insight mendapatkan pandangan penuntut universiti mengenai apa yang mereka harapkan untuk negara walaupun berdepan pergolakan dan krisis sejak pandemik bermula.
Saw Li Ying, 25 yang berasal dari Pulau Pinang berharap Malaysia akan mempunyai sistem keseluruhan yang lebih baik mengenai penjagaan kesihatan, pendidikan, kesatuan buruh dan lain-lain, serta menambah beliau merasa gembira dan juga sedih dengan apa yang berlaku kini.
“Saya gembira kerana mempunyai masyarakat yang bersatu untuk membantu mereka yang memerlukan (gerakan Kita Jaga Kita, kumpulan masyarakat sivil) namun sedih kerana kurang bantguan daripada kerajaan, rakyat bergantung kepada kumpulan masyarakat sivil untuk mendapatkan bantuan,” katanya.
“Kita juga menyaksikan kemajuan yang pantas berbanding di zaman nenek moyang kita, namun saya berharap kerajaan dan pelaksanaan sistem dapat menyokong bakat tempatan dengan lebih baik.”

Saw yang kini menyambung pengajian peringkat sarjana dalam kaunseling profesional berkata, kini ramai yang mencari peluang di luar negara dan membuat keputusan untuk tidak kembali menyumbang kepada negara.
Beliau berharap selepas semua ini, rakyat Malaysia akan saling memahami antarasatu sama lain sementara kerajaan masih membenarkan suara didengar.
Zedrene Zuhairah, 20, berkata ketika zaman persekolahannya, beliau masih ingat sambutan Merdeka yang mana pelajar dengan bangganya mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan serta lagu “Keranamu” pada perhimpunan pagi.
Menurutnya sebagai rakyat Malaysia beliau hanya berharap untuk menjadi insan yang mempu memberikan sumbangan kepada negara.
Sejak tahun lalu, negara turut menyaksikan perhimpunan Lawan secara aman oleh golongan belia yang menggesa ketelusan, keadilan dan tadbir urus yang baik.
Terdapat juga gerakan Bendera Putih yang mana mereka yang terjejas keran apandemik boleh mengibarkan bendera putih untuk dibantu dari segi makanan dan kewangan.
Pergerakan ini menyaksikan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang tampil untuk membantu antara sau sama lain dan menuntut keadilan dari kerajaan.
Pelajar kejuruteraan mekanikal Samuel Roy Koshy, 24 yang berasal dari Subang Jaya berharap pada masa akan datang, Malaysia akan dikenali dari segi kebaikan dari sudut moral, politik dan ekonomi.
“Saya mahu Malaysia terkenal dengan sebab yang betul dan bukan untuk sebab yang salah yang dilihat sering berlaku kebelakangan ini,” kata Samuel.– 31 Ogos, 2021.
Berita penuh di sini
Komen