SEPARUH daripada 26 kluster Covid-19 yang direkodkan Kementerian Kesihatan hari ini adalah berkaitan dengan tempat kerja yang menyumbang 759 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 18 kluster tempat kerja tersenarai hari ini.
Ini diikuti 13 kluster komniti yang menyumbang 288 kes, dua dalam kategori berisiko tinggi (30 kes), dua kluster pendidikan (74 kes) dan satu dikaitkan dengan pusat tahanan (45 kes).
36 kluster secara kolektifnya melaporkan 1,196 kes.
Dr Noor Hisham berkata setakat ini terdapat 1,487 kluster aktif di seluruh negara.
Kluster tempat kerja yang terbesar adalah kluster tapak pembinaan Pinggiran Boh di Kuantan, Pahang yang merekodkan 135 kes.
Kluster tempat kerja ini antara lain dikesan di kilang, tapak pembinaan dan restoran.
Kesemua penularan kluster komuniti hari ini adalah daripada les indeks bergejala, dengan yang terbesar adalah Nangka Tetait di Tatau, Sarawak yang merekodkan 57 kes.
Bagi kategori pendidikan, kluster Dah Gerigis yang dikesan di pusat pendidikan di Alor Setar, Kedah merekodkan 62 kes jangkitan manakala 12 kes dari kluster Jalan Kempas Desaru dikesan di pusat pengajian tinggi di Kota Tinggi, Johor.
Sementara itu, Persiaran Titiwangsa Tiga di Titiwangsa, Kuala Lumpur (11 kes) dan Jalan Kasawari Larkin (19 kes) di Johor Bahru adalah kluster berisiko tinggi.
Kluster terakhir yang tersenarai hari ini adalah kluster pusat tahanan Tembok Jasin yang merekodkan 45 kes. – 30 Ogos, 2021.
Komen