Lebih 4,000 kes Covid-19 babit penerima 2 dos vaksin


Ragananthini Vethasalam

Secara keseluruhan, terdapat 19,268 kes baharu Covid-19 yang direkodkan dalam tempoh 24 jam terakhir di negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Ogos, 2021.

SEBANYAK 4,604 kes baharu Covid-19 hari ini membabitkan penerima lengkap dua dos vaksin dengan 36 daripadanya berada dalam kategori kritikal, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dari 36 pesakit yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 12 pesakit kritikal dalam Kategori 5 dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selebihnya 24 pesakit mengalami radang paru-paru dan diberi alat sokongan oksigen. Mereka diklasifikasikan sebagai jangkitan dalam Kategori 4.

Sementara itu, 45 pesakit berada di Kategori 3 selepas mengalami radang paru-paru dan berada di bawah rawatan hospital.

Sebilangan besar kes jangkitan membabitkan penerima lengkap dua dos vaksin hari ini berada di Kategori 2 atau simptomatik dan Kategori 1 atau tanpa gejala.

Terdapat 2,263 kes di Kategori 2 dan 2,260 di Kategori 1. 

Sementara itu, jangkitan melibatkan merek

Sementara itu, jangkitan melibatkan mereka yang tidak divaksin atau sebahagiannya divaksin mendominasi jumlah harian pada 14,664 kes (76.1%).

Sebilangan besar kes ini termasuk dalam Kategori 2 (7,452) diikuti oleh Kategori 1 (6,894), Kategori 3 (164), Kategori 5 (83) dan Kategori 4 (71).

Secara keseluruhan, terdapat 19,268 kes baharu Covid-19 yang direkodkan dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lebih 14.6. juta atau 62.6% populasi dewasa di Malaysia sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 selepas 302,804 suntikan diberikan semalam.

Malaysia sudah memberikan lebih 34 juta suntikan vaksin Covid-19 sejak Februari dan dari jumlah itu, 19.3 juta atau 82.8% adalah dos pertama.

Mereka yang tidak divaksin atau sebahagiannya divaksin mendominasi jumlah harian pada 14,664 kes (76.1%).

Sebilangan besar kes ini termasuk dalam Kategori 2 (7,452) diikuti oleh Kategori 1 (6,894), Kategori 3 (164), Kategori 5 (83) dan Kategori 4 (71). – 20 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen