Kes baharu Covid-19 turun kepada 19,268


Ragananthini Vethasalam

Selangor mencatatkan jumlah kes baharu Covid-19 lebih rendah hari ini dengan 3,567 jangkitan berbanding 4,591 kes semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Ogos, 2021. 

JUMLAH kes harian Covid-19 menurun kepada 19,268 kes hari ini selepas kekal di atas angka 20,000 kes selama enam hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,725,357.

Selangor mencatatkan jumlah kes lebih rendah hari ini dengan 3,567 jangkitan berbanding 4,591 kes semalam.

Empat negeri lain melaporkan lebih 2,000 kes ialah Sabah (2,310), Johor (2,265), Sarawak (2,028) dan Kedah (2,084).

Negeri dan wilayah persekutuan lain yang melaporkan kes baharu ialah Kuala Lumpur (672), Negeri Sembilan (269), Pulau Pinang (1,780), Kelantan (1,308) Perak (1,144), Melaka (395), Pahang (788), Terengganu (544), Putrajaya (41) dan Perlis (71).

Labuan melaporkan jumlah kes terendah dengan hanya dua jangkitan baharu dicatatkan.

Sementara itu, lebih 14.6 juta atau 62.6% populasi dewasa sudah divaksin sepenuhnya selepas 302,804 suntikan diberikan semalam.

Malaysia sudah memberikan lebih 34 juta suntikan vaksin Covid-19 sejak Februari dan dari jumlah itu, 19.3 juta atau 82.8 adalah dos pertama. – 30 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen