Ahli Parlimen Kimanis positif Covid-19


Ahli Parlimen Kimanis Mohamad Alamin mengesahkan beliau dijangkiti Covid-19 dan tidak dapat hadir mengangkat sumpah jawatan timbalan menteri pendidikan petang ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Ogos, 2021.

AHLI Parlimen Kimanis Mohamad Alamin, yang dinamakan sebagai timbalan menteri pendidikan dalam pentabiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, mengesahkan beliau dijangkiti Covid-19 dan tidak dapat hadir mengangkat sumpah jawatan itu petang ini.

Katanya beliau sedang dirawat di Kuala Lumpur dan kesihatan dirinya stabil serta dalam keadaan yang baik.

“Minta semua doakanlah ya kesembuhan saya, insya-Allah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Seramai 31 menteri dan 37 timbalan menteri dijadual mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 2.30 petang ini.

Jumaat lepas, Ismail Sabri telah mengumumkan barisan Kabinet beliau. – Bernama, 30 Ogos, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen