Buka semula spa, pusat kesihatan, kata persatuan


Noel Achariam

Persatuan pusat kesihatan mahu pusat spa dan refleksologi yang ditutup hampir setahun perlu dibenarkan dibuka semula pada Oktober apabila pekerja dijangka menerima vaksin sepenuhnya. – Gambar EPA, 29 Ogos, 2021.

PUSAT spa dan refleksologi yang ditutup hampir setahun perlu dibenarkan dibuka semula pada Oktober apabila pekerja dijangka menerima vaksin sepenuhnya, kata kumpulan yang mewakili sektor kesihatan.

Jika tidak, banyak premis perniagaan sektor berkenaan akan berhenti operasi sepenuhnya selepas setahun berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19, kata Persatuan Kesihatan dan Spa Malaysia (MAWSPA).

“Kami jangka pada akhir September, semua staff dan ahli terapi akan diberi vaksin sepenuhnya atau selewat-lewatnya pada awal Oktober,” kata presiden MAWSPA Dorothea Justin.

Beliau berkata, 80% kakitangan dan ahli terapi di bawah MAWSPA sudah menerima dos vaksin pertama mereka sementara 50% sudah menerima vaksin sepenuhnya.

Sementara itu, Persatuan Spa Malaysia (AMSPA) berkata, kira-kira 70% kakitangan dan ahli terapi yang berdaftar dengan mereka sudah divaksin sepenuhnya, menurut naib presiden Hana Halim.

Menurut Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac), terdapat 433 pengendali berdaftar, terdiri daripada 269 dari MAWSPA dan 164 dari AMSPA.

Pusat berkenaan juga bersedia mematuhi semua prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan, kata kumpulan berkenaan.

MAWSPA dan AMSPA bersama-sama menganggarkan sektor kesihatan berdepan kerugian keseluruhan sehingga RM526 juta sejak wabak Covid-19 bermula tahun lalu.

Untuk bertahan, mereka meminta kerajaan baharu untuk membenarkan premis beroperasi semula pada Oktober.

Menurut Pelan Pemulihan Nasional, sektor ini hanya akan dapat dibuka di negeri dalam Fasa 4.

Fasa 4 adalah apabila kes Covid-19 harian kurang dari 500 sehari dan 6% penduduk diberi vaksin.

Tetapi kes terus meningkat melebih 17,000 kes setiap hari dan kerajaan berkata mereka menjangkakan Covid-19 menjadi endemik. Kadar vaksinasi penduduk dewasa sekarang melebih 6.1%. – 29 Ogos, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen