WARGA Britain yang lengkap divaksin dan tiba di Itali dengan keputusan negatif ujian Covid-19 tidak lagi perlu menjalani kuarantin bermula Selasa, kata menteri kesihatan.
Roberto Speranze menerusi Twitternya semalam beliau sudah menandatangani perisytiharan untuk menamatkan “kuarantin pendek lima hari” untuk pelawat dari UK.
Rome mengenakan kuarantin untuk pelawat dari Britain sejak 21 Jun lalu ketika varian Delta mengganas di United Kingdom.
Bagaimanapun, kementerian berkata sekatan itu masih dikuatkuasa untuk pelawat dari bukan negara EU.
Sektor pelancongan menyumbang 14% kepada keluaran dalam negara kasar Itali dan terjejas teruk kerana pandemik.
Seramai 65 juta pelawat tiba di Itali pada 2019, menjadikannya antara destinasi popular pelancongan dunia.
Sejak awal Ogos lalu, Itali menetapkan syarat bukti vaksinasi, baharu pulih dari koronavirus atau ujian negatif untuk mereka yang mahu makan di restoran atau memasuki muzium dan acara sukan.
Beberapa sekatan bagaimanapun kembali dikuatkuasa di Sicily pada Jumaat kerana peningkatan mendadak kes disebabkan varian Delta, kali pertama dikenakan di wilayah itu sejak bermulanya musim panas. – AFP,29 Ogos, 2021.
Komen