KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 5,252 jangkitan Covid-19 membabitkan penerima lengkap dua dos vaksin hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 41 daripadanya sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Beliau berkata, 19 pesakit berada dalam Kategori 5 dan memerlukan alat bantuan pernafasan.
Terdapat 22 lagi berada dalam Kategori 4 di mana pesakit mengalami radang paru-paru dan memerlukan oksigen.
Sementara itu, 58 pesakit yang berada dalam Kategori 3 diletakkan di bawah pemerhatian hospital.
Kebanyakan pesakit yang sudah lengkap divaksin merupakan kes ringan dan sebahagian besar berada di Kategori 1 iaitu tidak bergejala (2,423 kes) dan Kategori 2 gejala ringan (2,730 kes).
Sebahagian besar daripada 22,597 kes baru yang dilaporkan hari ini melibatkan individu yang tidak divaksinasi.
Sebanyak 17,345 atau 76.8% kes positif hari ini belum divaksin atau hanya menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Terdapat 8,182 kes dalam Kategori 1, 8,794 kes di Kategori 2 dan 168 di Kategori 3.
Bagi tahap jangkitan lanjut, terdapat 79 kes di Kategori 4 dan 122 di Kategori 5.
Setakat ini, 61.1% (14.3 juta) populasi dewasa di Malaysia telah mendapat dos kedua vaksin Covid-19 dan 81.5% (19.1 juta) memperoleh sekurang-kurangnya satu dos. – 28 Ogos, 2021.
Komen