JUMLAH kes aktif Covid-19 di negara ini melepasi rekod baharu sebanyak 268,548 hari ini dengan 986 pesakit kategori kritikal kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 451 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, negara merekodkan 252 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam, lebih rendah berbanding 339 kes dicatakan kematian semalam.
Angka kematian terbaru menjadikan jumlah korban kepada 15,802 orang.
Sebanyak 32 kematian melibatkan kes sebelum tiba di hospital manakala 221 lagi sudah mempunyai sejarah kesihatan.
Selangor melaporkan jumlah kematian tertinggi dengan 91 kes diikuti Johor (46), Kuala Lumpur (26), dan Kedah (18).
Sementara itu, Sabah dan Pulau Pinang masing-masing melaporkan 17 kematian.
Sebanyak 13 kematian dilaporkan di Melaka sementara tujuh di Perak, enam di Pahang, lima di Sarawak, tiga di Negeri Sembilan, dua di Kelantan dan satu di Perlis.
Sebanyak 22,597 jangkitan baharu dilaporkan berbanding 19,492 kes pulih direkodkan hari ini.
Ini menjadikan jumlah kes positif keseluruhan kepada 1,685,510 manakala kes pulih berjumlah 1,401,160. – 28 Ogos, 2021.

Komen