SEBANYAK 28 kluster baharu Covid-19 menyumbang 1,041 kes, dikesan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, yang kebanyakannya berkaitan penularan komuniti, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan berkata 15 kluster dikesan berkaitan komuniti (530 kes), 12 berkaitan tempat kerja (437 kes) dan satu dikesan di pusat tahanan (74 kes).
Sarawak melaporkan jumlah kluster tertinggi hari ini sebanyak 9, manakala tujuh daripadanya berkaitan penularan komuniti dan 2 tempat kerja.
Kelantan pula melaporkan 5 kluster baharu yang semuanya berkaitan dengan penularan komuniti.
Kluster yang dikesan di negeri lain termasuk Selangor dan Pulau Pinang (masing-masing 4), Pahang (3), Johor (2) dan Terengganu (1).
Berikut senarai 28 kluster baharu Covid-19:
Komuniti
1. Mundai di Serian, Sarawak (66 kes)
2. Duras di Serian, Sarawak (60 kes)
3. Plaman Bantang di Serian, Sarawak (55 kes)
4. Mapu di Tebedu, Sarawak (43 kes)
5. Nanga Bengap di Lubok Antu, Sarawak (42 kes)
6. Nanga Dap di Kanowit, Sarawak (29 kes)
7. Jero Gelasah di Subis, Sarawak (15 kes)
8. Kg Bukit Kechik di Bachok, Kelantan (22 kes)
9. Kg Nik Nal di Kota Baru, Kelantan (12 kes)
10. Kg Lubok Pukol di Kota Baru, Kelantan (12 kes)
11. Lorong Mat Nasir di Kota Baru, Kelantan (10 kes)
12. Kg Kusar di Pasir Mas, Kelantan (9 kes)
13. Perumahan Ketengah di Dungun, Terengganu (60 kes)
14. Kg Raja Cameron Highlands di Tanah Tinggi Cameron, Pahang (16 kes)
15. Kg Simpang Arang di Johor Bahru, Johor (79 kes)
Tempat kerja
1. Persiaran Industri Delima di Klang dan Kuala Langat, Selangor (107 kes)
2. Jalan Istana di Klang dan Petaling, Selangor (28 kes)
3. Jalan BBLS Dua di Sepang, Selangor (6 kes)
4. Ladang 0004 Kuala Baram di Miri, Sarawak (31 kes)
5. KM20 Jalan Betong di Betong, Sarawak (23 kes)
6. Tapak pembinaan Changkat Sg Ara 20 di Barat Daya, Pulau Pinang (114 kes)
7. Tapak pembinaan Jalan Permatang Pauh di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (26 kes)
8. Jalan Nafiri di Seberang Perai Tengah dan Selatan, Pulau Pinang (22 kes)
9. Tingkat Perusahaan Enam di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (18 kes)
10. Bukit Tingkat di Temerloh, Pahang (26 kes)
11. Industri Bandar Tun Abdul Razak di Rompin, Pahang (16 kes)
12. Persiaran Teknologi 55 di Kulai, Kluang, Johor Baru dan Kota Tinggi, Johor (20 kes)
Pusat tahanan
1. Tembok Puncak Alam di Kuala Selangor, Selangor (74 kes)
Noor Hisham berkata penambahan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster kepada 4,611, dengan 1,467 masih aktif dan 3,144 diisytiharkan tamat. – 27 Ogos, 2021.
Komen