Bilangan pesakit Covid-19 di ICU menurun kepada 982, kata Noor Hisham


Ravin Palanisamy

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan terdapat 982 pesakit di ICU dan 470 memerlukan alat bantuan pernafasan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Ogos, 2021.

JUMLAH pesakit Covid-19 dalam unit rawatan rapi (ICU) menurun kepada 982 orang sementara terdapat 339 kematian baharu dalam 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 982 pesakit di ICU, sebanyak 470 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 990 pesakit ICU semalam, dengan 487 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Angka kematian terbaharu ini juga menjadikan jumlah keseluruhan kepada 15,550 orang.

Sementara itu, jumlah kes aktif di negara ini meningkat kepada 266,034 apabila Kementerian Kesihatan melaporkan 22,070 kes baharu berbanding 21,877 orang yang pulih dalam tempoh 24 jam lalu. – 27 Ogos, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen