Kes jangkitan baharu Covid-19 turun 22,070 hari ini 


Ravin Palanisamy

Malaysia merekodkan penurunan kes jangitan baharu Covid-19 dengan 22,070 kes hari ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Ogos, 2021.

KES jangkitan baharu Covid-19 hari ini menurun apabila merekodkan 22,070 kes setakat tengah hari ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Semalam, Malaysia merekodkan kes tertinggi dengan 24,599.

Ketua pengarah kesihatan berkata Selangor sekali lagi kekal sebagai negeri yang merekodkan kes jangkitan harian tertinggi dengan 5,920 kes.

Ini diikuti Sabah dan Sarawak selepas masing-masing merekodkan 3,010 dan 2,224 kes.

Ini merupakan hari keempat berturut-turut kes di Sabah melepasi 3,000 yang mana semalam ia merekodkan 3,487 kes.

Negeri lain yang merekodkan kes jagkitan adalah Kedah (2,072), Pulau Pinang (1,829), Johor (1,809), Kuala Lumpur (1,068), Kelantan (1,051), Perak (939), Pahang (610), Melaka (589), Terengganu (488) dan Negeri Sembilan (338).

Negeri wan wilayah yang merekodkan kes bawah 100 adalah Perlis 76 kes, Putrajaya 39 kes dan Labuan yang kini berada di Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara, merekodkan lapan kes baharu.

Jumlah keseluruhan kes di seluruh negara kini 1,662,913.

Secara keseluruhan, Selangor masih di tempat teratas dengan 585,652 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 169,773 kes dan Sabah 137,527 kes.

Sementara itu, sebanyak 408,295 suntikan vaksin Covid-19 diberkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan orang dewasa yang divaksin kepada 14,095,554, atau 60.2%.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) 155,669 orang menerima dos pertama semalam manakala 252,626 menerima dos kedua. 

14 juta atau 60.2% penduduk dewasa telah menerima vaksin penuh, manakala 18.9 juta atau 80.9% menerima dos pertama mereka. 

Secara keseluruhannya, lebih 33 juta dos vaksin diberikan sejak 24 Februari lalu. 

Labuan merupakan negeri tertinggi merekodkan kadar vaksinasi iaitu 92.9% daripada penduduk dewasa, atau 63,663 orang menerima dua dos vaksin.– 27 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen