KEMENTERIAN Kesihatan mengesan sebanyak 35 kluster baharu Covid-19 hari ini, yang menyumbang sebanyak 1,221 kes positif, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan berkata daripada 35 kluster, 20 melibatkan tempat kerja, 9 dikesan dalam komuniti, 4 melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan masing-masing satu di pusat tahanan serta di institusi pendidikan.
Dua negeri melaporkan jumlah kluster yang tinggi dengan 10 dikesan di Johor dan 9 di Selangor.
Lapan daripada sembilan kluster Selangor melibatkan tempat kerja.
Negeri lain yang melaporkan kumpulan baharu adalah Kelantan (4) - semua kes komuniti, Perak dan, Sarawak (masing-masing 3), Kedah (2), Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Pulau Pinang (masing-masing 1).
Penambahan baharu hari ini menjadikan jumlah kluster di negara ini kepasa 4,583, dengan 1,471 masih aktif dan 3,112 diisytiharkan tamat.
Berikut 35 kluster baharu Covid-19:
Tempat kerja
1. Industri Dua Sg Lalang di Hulu Langat, Selangor (86 kes).
2. Tapak Pembinaan Persiaran Alam Sari di Hulu Langat, Selangor (79 kes).
3. Ladang Pulau Carey di Kuala Langat, Selangor (58 kes).
4. Industri Perusahaan Suria di Gombak, Klang dan Kuala Selangor, Selangor (44 kes).
5. Industri Batu 14 1/2 Jeram di Kuala Selangor, Selangor (33 kes).
6. Jalan Kebun Nenas 3D di Klang, Selangor (23 kes).
7. Jalan Industri PBS di Petaling dan Hulu Langat, Selangor (18 kes).
8. Jalan Industri Empat Olak Lempit di Kuala Langat, Selangor (16 kes).
9. Tapak Pembinaan Jalan Eco Botani Johor Bahru, Johor (73 kes).
10. Industri SAC Lapan di Kulai, Johor (28 kes).
11. Industri Idaman Tiga di Kulai dan Johor Bahru, Johor (26 kes).
12. Senai Murni 12 di Kulai, Johor (12 kes).
13. Jalan Kenanga 29 di Kulai, Johor (6 kes).
14. Tapak Pembinaan Jalan Perusahaan Satu di Larut, Matang dan Selama, Perak (48 kes).
15. Industri Taman Farmaseutikal di Perak Tengah, Perak (22 kes).
16. Industri Lorong Tanjung Tiga di Seremban dan Port Dickson, Negri Sembilan (19 kes).
17. Jalan Industri Merdeka 33 di Melaka Tengah, Melaka (33 kes).
18. Hamparan 2 di Kinabatangan, Sabah (21 kes).
19. Jalan Serunai di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang (62 kes).
20. Jalan Hulu Engkamop di Pakan dan Sarikei, Sarawak (14 kes).
Komuniti
1. Kg Derdap di Kota Bharu, Kelantan (17 kes).
2. Jalan Pasar Desa Bunut Susu di Pasir Mas, Kelantan (15 kes).
3. Kg Tanjong Dal di Kota Bharu, Kelantan (13 kes).
4. Taman Warta di Pasir Mas, Kelantan (5 kes).
5. Jalan Pasak di Kota Tinggi, Johor (8 kes).
6. Jalan Sri Perani di Kota Tinggi, Johor (6 kes).
7. Se-Menyan di Sibu, Sarawak (66 kes).
8. Telok Batu di Meradong, Sarawak (16 kes)
9. Dengkil Jaya di Sepang dan Gombak, Selangor (134 kes).
Kumpulan berisiko tinggi
1. Jalan Serampang di Johor Bahru, Johor (43 kes).
2. Jalan Pusara Simpang Renggam di Kluang, Johor (17 kes).
3. Jalan Tun Habab di Kota Tinggi, Johor (12 kes).
4. Dah Lebuh Kulim di Kulim, Kuala Muda dan Baling, Kedah (54 kes).
Pusat tahanan
1. Pagar Teluk Intan di Hilir Perak, Perak (59 kes).
Institusi pendidikan
1. Dah Mengkuang di Baling, Kedah (35 kes). – 26 Ogos, 2021.
Komen