393 kes kematian akibat Covid-19 dilapor hari ini, kata Noor Hisham


Ravin Palanisamy

Malaysia melaporkan 393 kematian hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kepada 15,211. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Ogos, 2021.

MALAYSIA hari ini melaporkan rekod harian baharu kematian Covid-19 sebanyak 393 kes, dengan jumlah keseluruhan melebihi 15,000.

Malaysia juga melaporkan peningkatan kes harian baharu Covid-19 sebanyak 24,599.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 393 kematian yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kematian kepada 15,211.

Kali terakhir Malaysia melaporkan kematian tertinggi dalam sehari adalah pada 8 Ogos, apabila 360 orang meninggal dunia akibat penyakit ini.

Bagaimanapun, jumlah pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) turun kepada tiga digit hari ini sebanyak 990, jumlah terendah dalam tempoh hampir sebulan.

Begitu juga, jumlah mereka yang memerlukan sokongan pernafasan turut berkurangan menjadi 487 orang.

Pada 25 Julai, kes di ICU berkurangan sedikit kepada 970 sementara pada 24 Julai, terdapat 468 pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Mengulas lebuh lanjut mengenai kematian tersebut, Noor Hisham berkata 294 daripadanya adalah rakyat Malaysia.

Beliau berkata 100 kes melibatkan kematian sebelum tiba di hospital dengan 50 terdiri daripada rakyat Malaysia dan 50 warga asing.

Sebanyak 328 mangsa mempunyai masalah kesihatan.

Sementara itu, Selangor adalah negeri mempunya kes kematian tertinggi sebanyak 125 orang, diikuti Kuala Lumpur dengan 61 kematian dan Johor (48).

Negeri lain yang melaporkan kematian adalah Melaka (33), Pulau Pinang (31), Sabah (26), Negeri Sembilan (20), Kedah dan Perak (masing-masing 15), Kelantan (9), Pahang (8) dan Terengganu (2). – 26 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen