1,298 kes Covid-19 dikesan daripada 42 kluster baharu, kata KP kesihatan


Ravin Palanisamy

Pengesanan kluster baharu hari ini menyebabkan jumlah kluster aktif bertambah kepada 1,458, dan jumlah keseluruhan kluster di seluruh negara sebanyak 4,548. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Ogos, 2021.

SEBANYAK 1,298 kes positif Covid-19 berpunca daripada 42 kluster bahar hari ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada kluster baharu, 23 dikaitkan dengan tempat kerja, 13 dikesan dalam komuniti, 5 dikesan berada dalam kumpulan berisiko tinggi dan satu dikesan di pusat tahanan.

Noor Hisham berkata Johor melaporkan jumlah kluster paling banyak hari ini sebanyak sembilan, diikuti oleh Kelantan (8) dan Selangor (7)

Negeri lain yang melaporkan kluster baharu ialah Perak (6), Pulau Pinang (3), Kedah, Sarawak dan Terengganu (masing-masing 2), Kuala Lumpur, Pahang dan Negri Sembilan (masing-masing 1).

Noor Hisham berkata penambahan kluster baharu hari ini menyebabkan jumlah kluster aktif bertambah kepada 1,458, dan jumlah keseluruhan kluster di seluruh negara sebanyak 4,548.

42 kluster Covid-19 baharu adalah:

Tempat kerja

1. Tapak Pembinaan Persiaran Puncak Alam 11 di Kuala Selangor, Petaling, dan Klang, Selangor (48 kes).
2. Tapak Pembinaan Persiaran Emas di Kuala Langat, Selangor (46 kes).
3. Industri Anggerik Mokara 59 di Klang, Selangor (41 kes).
4. Jalan Lalang Batu 30 di Hulu Langat, Selangor (40 kes).
5. Jalan Western 2 di Sepang, Selangor (18 kes).
6. Jalan Perak Empat di Johor Bahru, Johor (49 kes).
7. Jalan Kg Kelicap di Batu Pahat, Johor (35 kes).
8. Industri Jalan Teknologi Simpang Renggam di Kluang, Johor (19 kes).
9. Sg Dinar di Pontian, Johor (18 kes).
10. Tenggaroh 11 di Mersing, Johor (16 kes).
11. Jalan Serasa di Gua Musang, Kelantan (38 kes).
12. Jalan LKS Kuala Krai di Kuala Krai, Kelantan (29 kes).
13. Lebuhraya Rantau Panjang di Pasir Mas, Kelantan (11 kes).
14. Industri Kanthan Satu di Kinta, Perak (75 kes).
15. Tapak Pembinaan Jalan PC 10 di Muallim, Perak (26 kes).
16. Tapak Pembinaan Jalan Jelawai Dua di Muallim, Perak (24 kes).
17. Pesara Kg Jawa di Timur Laut dan Barat Daya, Pulau Pinang (49 kes).
18. Lorong Perusahaan 8C di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (29 kes).
19. Lorong Perusahaan Maju Dua di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (28 kes).
20. Dah Lima Industry Kulim di Kulim, Bandar Baharu, dan Kuala Muda, Kedah (54 kes).
21. Dah Enam Industri Kulim di Kulim dan Baling, Kedah (42 kes).
22. Tapak Pembinaan Persiaran Tecoma 2 di Kepong, Kuala Lumpur (94 kes).
23. Industri Gebeng 3/2 di Kuantan, Pahang (49 kes).

Komuniti

1. Kg Kenanga Labok di Machang, Kelantan (17 kes).
2. Jerek Baru di Gua Musang, Kelantan (15 kes).
3. Kg Lata Rek n Kuala Krai, Kelantan (10 kes).
4. Kg Jeram Pasir Puteh di Pasir Puteh, Kelantan (9 kes).
5. Kg Bendang Ikan di Pasir Mas, Kelantan (8 kes).
6. Papulut Kenering di Hulu Perak, Perak (28 kes).
7. Jalan Nakhoda Manjung di Manjung, Perak (17 kes).
8. Perhentian di Besut, Terengganu (75 kes).
9. Kg Limbong di Dungun, Terengganu (52 kes).
10. Jalan Rejab di Kota Tinggi, Johor (5 kes).
11. Kg Jeram di Seremban, Negri Sembilan (13 kes).
12. Opar di Bau, Sarawak (66 kes).
13. Lorong Enam Sekinchan di Sabak Bernam, Selangor (10 kes).

Kumpulan berisiko tinggi

1. Jalan Kg Tengah Muar di Muar, Johor (31 kes).
2. Jalan Mutiara Emas Utama di Johor Bahru dan Muar, Johor (11 kes).
3. Jalan Assam Kumbang di Larut, Matang dan Selama, Perak (6 kes).
4. Jalan Hospital Sri Aman di Sri Aman, Sarawak (22 kes).
5. Jalan Sepang 2 di Sepang, Selangor (8 kes).

Pusat tahanan

1. Pagar Jalan Bakau Condongin Batu Pahat, Johor (17 kes). – 25 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen