28 pesakit Covid-19 lengkap divaksin dalam kategori kritikal hari ini


Ravin Palanisamy

Seramai 17 pesakit baharu Covid-19 yang berada di Kategori 5 dan 11 di Kategori 4 hari ini adalah mereka yang sudah menerima vaksin sepenuhnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Ogos, 2021.

SERAMAI 17 pesakit baharu Covid-19 yang berada di Kategori 5 dan 11 di Kategori 4 adalah mereka yang sudah menerima vaksin sepenuhnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Seramai 38 lagi berada dalam Kategori 3 di mana mereka mengalami pneumonia namun pesakit tidak memerlukan alat bantuan pernafasan. Kes Kategori 4 mengalami pneumonia dan memerlukan oksigen sementara Katgeori 5 memerlukan intubasi.

Noor Hisham berkata, pesakit yang sudah divaksin kebanyakan hanya mengalami gejala ringan.

Ini adalah 1,800 kes di Kategori 1 (asimtomatik) dan 2,022 di Kategori 2 (gejala ringan).

Kes ringan yang melibatkan mereka yang menerima vaksin merangkumi 18% daripada 20,837 jangkitan baharu Covid-19 hari ini.

Noor Hisham berkata, semua kes yang melibatkan vaksin sudah selesai tempoh 14 hari selepas dos kedua.

Bagaimanapun sebahagian besar kes baharu hari ini, 16,949 atau 81.3% sama ada tidak divaksinasi atau hanya mempunyai satu dos.

“Ini menunjukkan vaksin Covid-19 berkesan dalam mengurangkan risiko jangkitan serius,” kata Dr Noor Hisham.

Secara keseluruhan, terdapat lebih banyak kes baharu yang melibatkan Covid-19 dengan gejala ringan seiring dengan peningkatan kadar vaksinasi.

Daripada kes baharu hari ini, 20,479 atau 98.3% berada dalam Kategori 1 dan 2. – 24 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen